Cinta Isu Semasa Viral

“Tak Pernah Paksa Kahwin” – Terpalit Isu Viral, Syifa Melvin Buka Mulut

“Tak Pernah Paksa Kahwin” – Terpalit Isu Viral, Syifa Melvin Buka Mulut

Sharing is caring!

Umum mengetahui Safawi Rasid pernah dianugerahkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu. Namun prestasi pemain kebanggaan negara ini dikatakan semakin merosot disebabkan gagal memberi aksi terbaik dalam padang. Kemerosotan pemain sayap utama itu nyata membuatkan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa sehingga memuat naik status kontroversi di Instagram. 

BACA: Prestasi Luar Biasa, Netizen Setuju Safawi Rasid Lebih Sesuai Main Kelab Luar

“Tak Pernah Paksa Kahwin” – Terpalit Isu Viral, Syifa Melvin Buka Mulut

Syifa dituduh punca kemerosotan

Terpalit dengan status kontroversi tersebut, Syifa Melvin yang dikatakan menjalin cinta dengan bintang JDT tersebut tampil mempertahankan dirinya. Adik kepada Syatilla Melvin berkenaan sebelum ini dituduh kononnya telah memberi tekanan kepada buah hatinya itu untuk lekas berkahwin. 


“Tak Pernah Paksa Kahwin” – Terpalit Isu Viral, Syifa Melvin Buka Mulut

“Tak Pernah Paksa Kahwin” – Terpalit Isu Viral, Syifa Melvin Buka Mulut

Tak pernah paksa kahwin..

Syifa dalam kenyataannya melalui Instagram baru-baru ini menyifatkan tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu sebagai tidak berasas. Katanya, dia tidak pernah sekali pun memaksa Safawi berbuat demikian. Sebagai pengusaha barang kosmetik, Syifa malah mengakui bahawa dia menggunakan duit hasil titik peluhnya sendiri tanpa bergantung kepada pemain kebangsaan itu. 

“Tak Pernah Paksa Kahwin” – Terpalit Isu Viral, Syifa Melvin Buka Mulut

Doa yang terbaik buat mereka

Menolak kontroversi tersebut, Syifa turut menegaskan bahawa dia tidak pernah masuk campur dalam karier buah hatinya malah selalu menyokong dan mendoakan yang terbaik buatnya. Tidak menyangka isu ini akan menjadi besar, dia juga sempat menasihati pengguna laman sosial supaya tidak mudah melatah dengan konflik yang berlaku. 


“Tak Pernah Paksa Kahwin” – Terpalit Isu Viral, Syifa Melvin Buka Mulut

Sumber: Instagram Syifa Melvin, Portal Harian Metro


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Tak Pernah Paksa Kahwin” – Terpalit Isu Viral, Syifa Melvin Buka Mulut

Sharing is caring!