Hiburan Inspirasi

Tak Ralat Pemergian Suami, Bunga Citra Lestari Sedia Kembali Bekerja

Tak Ralat Pemergian Suami, Bunga Citra Lestari Sedia Kembali Bekerja

Pada 18 Februari yang lalu, industri hiburan telah dikejutkan dengan berita pemergian Ashraf Sinclair akibat heart attack. Pemergian pelakon berumur 40 tahun ini telah mengejutkan orang ramai termasuk keluarga dan teman rapatnya. Malahan, balunya iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) juga masih lagi sedang berduka cita dan dia masih menziarahi makam suami tercintanya itu sehingga kini.


BACA: Tidak Perlu Bermasam Muka, Hargai Insan Tersayang Sebelum Menyesal Tak Sudah

Ada kehidupan & kerjaya yang perlu diteruskan

Merujuk kepada portal Gempak ID, BCL dikatakan telah bersedia untuk kembali bekerja meskipun masih bersedih dengan pemergian suaminya Allahyarham Ashraf Sinclair. Penyanyi wanita itu sedar bahawa dia masih mempunyai kehidupan dan kerjaya yang perlu diteruskan.

Tak Ralat Pemergian Suami, Bunga Citra Lestari Sedia Kembali Bekerja

Bersikap professional, tetap melakukan persembahan di konsert

Ibu tunggal ini turut memberitahu bahawa dia tetap akan melakukan persembahan di acara ‘Romantic Valentine Concert with Ronan Keating’ pada 29 Februari ini. Pihak pengurusan selebriti berkenaan berkata walaupun wanita itu ternyata masih berduka, Bunga telah bersikap profesional dengan memaklumkan bahawa dia akan menghadirkan diri di konsert tersebut.


Tak Ralat Pemergian Suami, Bunga Citra Lestari Sedia Kembali Bekerja

Kembali sebagai juri Indonesian Idol 2020

Menurut Anang Hermansyah yang merupakan juri ‘Indonesian Idol 2020′, pelantun lagu Wanita Terbahagia ini telah memberitahunya bahawa dia akan kembali menggalas tugasnya sebagai juri di acara tersebut. Dia juga meminta agar orang ramai dapat mendoakan agar Bunga kuat dalam mengharungi dugaan ini.


Sumber: Portal Gempak ID

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Ralat Pemergian Suami, Bunga Citra Lestari Sedia Kembali Bekerja

Facebook

Telegram