Selalunya apabila sudah mula ada teman istimewa, kita akan kurang yakin untuk mengumumkan hubungan itu kepada keluarga. Lebih-lebih lagi jika diketahui oleh ayah kerana umumnya bapa-bapa ini dikenali dengan sifat strict mereka. Jika tiada angin, tak pasal-pasal ‘disekolahkan’ pula tidak kisahlah anak lelaki atau perempuan.
BACA : Dianggap Rembat Awek Orang, Yonnyboii Tenang Jawab-“Memang Jodoh Saya & Dia
Sekarang apa dah jumpa, amacam?
Namun lain pula pengalaman yang dikongsikan lelaki ini. Menurut video viral terdahulu, pemilik akaun Tiktok @Anak Jowo ini menyatakan dia sudah mempunyai teman istimewa. Namun kemudian ayahnya pula berseloroh apabila dikatakan jodoh tersebut tidak bertuah mendapat anaknya.
@_aadlishah Reply to @nad.roslan bukan setepek dh ni. ayah bagi lagi 🤣#fyp #foryou #foryoupage
Haritu ayah cakap takde sapa nak abangkan? Apalagi kasi jalanlah
Membalas percakapan ayahnya, kali ini dia membawa pulang teman wanita ke rumah mereka untuk menziarahi. Respon yang diberi amat melucukan bila mana lelaki yang berkopiah hitam dan berkain pelekat itu memberi ‘lampu hijau’ atau dalam erti kata lain merestui perhubungan kedua-duanya.
@_aadlishah Reply to @_mantelaman ayah dah bagi green light ✅❤️ #fyp #foryou #foryoupage
Cantik bakal isteri…Simple & sopan je…Lepas dengar kasi jalan terus nampak gigi
Rata-rata netizen merasa terhibur mendengar jawapan selamba pak cik tersebut. Ada juga yang berkesempatan mendoakan agar hubungan mereka kekal selamanya selain memuji kecantikan ayu teman wanita berkenaan. Sejak dikongsikan kelmarin, rakaman pendek ini meraih lebih 700 ribu jumlah tontonan.
Sumber : Tiktok _aadlishah
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
