Tak Salah Bagi Isteri Pegang Kad Debit, Dalam Rezeki Suami Terselit Part Isteri

Terkadang dalam alam rumah tangga, suami atau isteri kerap kali terlepas pandang perkara-perkara kecil yang boleh memberi kebahagiaan. Antara kedua suami atau isteri, perhatian serta sokongan adalah amat penting sebagai tanda menyayangi satu sama lain. Seperti apa yang dilakukan oleh seorang lelaki ini yang menunjukkan tanda menghargai suri hatinya dengan satu cara. 

BACA: Isteri Bukan Demand Nak Suami Berharta Saja, Ini Hal Lain Yang Dimahukan Mereka

Advertisement

Saya tahu tak banyak mana pun dia belanja dalam tu

Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki bernama Akhtar Syamir telah pun memberi si isteri kad debit miliknya untuk digunakan bagi membeli keperluan peribadi yang diinginkan. Baginya, perbuatan tersebut bukan hanya berkongsi kad debit tapi juga berkongsi rezeki serta kebahagiaan yang dikecapi dengan isteri. Sempat dirinya berseloroh untuk tidak belanja secara berlebihan walaupun dia tahu wanita itu tidak berkelakuan sebegitu. 

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Tak salah gembirakan isteri, dalam rezeki suami terselit bahagian isteri

Bapa kepada tiga orang anak ini turut percaya pada rezeki jadi dirinya lebih senang berterus terang perihal kewangan kepada isteri supaya lebih faham. Baginya, dalam setiap rezeki yang diterima oleh suami ada bahagian untuk isteri juga. Jelas lelaki ini lagi, ramai yang berpendapat kemahuan isteri adalah tidak penting dan tidak perlu diutamakan. Walau bagaimanapun, jika seorang suami cuba meletakkan kebahagiaan wanita itu di tangga tertinggi, nescaya perkara tersebut juga akan berbalik kepadanya. 

Advertisement

Sumber: Facebook Akhtar Syamir 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?