Viral Family

Tak Sampai Hati Lihat Bayi Didukung Naik Motor, Pak Nil Ajak Tumpang Kereta

Tak Sampai Hati Lihat Bayi Didukung Naik Motor, Pak Nil Ajak Tumpang Kereta

Sharing is caring!

Bukan sahaja dermawan, Pak Nil atau nama sebenarnya Datuk Aznil Haji Nawawi turut terkenal sebagai seorang figura yang sangat prihatin. Sama ada orang tua mahupun kanak-kanak, semuanya akan dibantu oleh pengacara rancangan hiburan ‘Tom-Tom Bak’ ini.


BACA: “Patutnya Saya Beri Kosong”- Didakwa Tak Adil Pada Peserta, Ini Penjelasan Ajai

Tersentuh hati lihat baby lelaki terpaksa bonceng motosikal, offer hantar balik rumah

Menerusi paparan video di akaun rasmi Instagram, Pak Nil telah terserempak dengan seorang wanita, anak perempuan dan bayi lelaki di Klinik Kesihatan Kemaman, Terengganu yang dikatakan baru sahaja selesai membuat pemeriksaan kesihatan. Justeru, pelakon filem ‘Cicakman’ ini tersentuh hati apabila melihat bayi lelaki berkenaan terpaksa didukung oleh kakaknya. Seolah-olah memahami kepayahan untuk menaiki motosikal, Pak Nil terus menawarkan diri untuk menghantar adik-beradik itu pulang ke rumah menaiki kenderaan peribadinya.


Tak Sampai Hati Lihat Bayi Didukung Naik Motor, Pak Nil Ajak Tumpang Kereta

Tak Sampai Hati Lihat Bayi Didukung Naik Motor, Pak Nil Ajak Tumpang Kereta

Pak Nil happy tengok reaksi si cilik, sempat hulurkan sumbangan

Pak Nil tidak kekok mendukung bayi lelaki berkenaan yang tak meragam langsung dan kelihatan tenang di dalam dakapannya. Sejurus tiba di rumah pula, pelakon berusia 58 tahun ini juga mengambil peluang berkenalan dengan ahli keluarga lain yang rata-ratanya anak kepada wanita berkenaan. Bukan itu sahaja, Pak Nil kelihatan gembira selepas si cilik berkenaan tersenyum sambil memandang ke arahnya. Sebelum bergerak pulang, beliau dilihat sempat menghulurkan sumbangan untuk mereka sekeluarga.


Tak Sampai Hati Lihat Bayi Didukung Naik Motor, Pak Nil Ajak Tumpang Kereta

Sumber: aznilnawawihm

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini