Tak Sangka Jadi Viral, Gadis Dedah Kisah Sebalik Video Anak Buah Comel Ini!

Berbeza dengan zaman dahulu, sekarang ini ada bermacam cara yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kenangan manis atau berkongsi kegembiraan. Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi serta kewujudan pelbagai platform media sosial, pasti ramai yang tidak terlepas untuk menghasilkan foto atau video yang sangat kreatif seperti sebuah video yang sedang tular di laman Twitter ini.

BACA: [VIDEO] Bualan Lelaki Sindir Scammer Menjadi Viral, Part IC Tu Lawak Habis!

Semua tengok anak buah saya ni!

Mengulas lanjut mengenai video itu, Nur Farhani Izzani, 25 menjelaskan bahawa rakaman tersebut dibuat semasa keluarganya bertandang ke Genting Highlands pada percutian Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Malah rakaman itu dibuat oleh adiknya dengan menggunakan telefon pintar sahaja.

Adik lelaki saya, iaitu Qamarull Ashroff memang suka rakam & buat video keluarga kadang-kadang. Dia dapat inspirasi untuk buat video ni berdasarkan beberapa jenis video couple menarik yang selalu muncul dekat Instagram atau Twitter sekarang. Tapi memandangkan dia tidak ada teman wanita, jadi dia buat lah dengan anak buah kami.

Jelasnya lagi, ini merupakan kali pertama si comel bernama Nur Damia Batrisyia untuk melawat ke pusat percutian yang terkenal dengan cuaca dingin ini. Oleh sebab itulah dia kelihatan sangat teruja untuk beraksi di depan kamera seperti yang dapat dilihat dalam paparan video tersebut.

Damia ni baru umur 3 tahun dan merupakan cucu sulung dalam keluarga kami. Jadi dia memang sangat rapat dengan semua orang sejak baby lagi. Bila minta jadi model dalam video tersebut, dia sangat suka  sambil cakap yang dia nampak cantik di dalamnya. Padahal sepanjang lari tu dia menjerit sebab terlebih excited sebenarnya.

Budak-budak ni sifat mereka memang senang rapat dengan orang. Kalau nak elakkan mereka daripada menjerit atau tantrum di tempat awam seperti ini, caranya adalah dengan menasihati mereka terlebih dahulu dan jadikan mereka istimewa seperti yang kami lakukan ini.

Menurut Farhani, dia serta ahli keluarga yang lain tidak menyangka bahawa video itu akan tular dan meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan sejak dimuatnaik pada 2 hari yang lalu. Dia turut berkongsi cara untuk handle kanak-kanak seperti ini agar mereka sentiasa mendengar kata orang yang lebih besar di sekelilingnya. Dia malah turut berterima kasih terhadap semua netizen yang memberikan kata-kata pujian terhadap video tersebut.

Sumber: Twitter FanieIzz

Apa Komen Anda?