Viral

Tak Sedar Air Laut Mula Pasang Ketika Mandi, 2 Remaja Ditemui Tidak Bernyawa

Tak Sedar Air Laut Mula Pasang Ketika Mandi, 2 Remaja Ditemui Tidak Bernyawa

Sharing is caring!

Bagi sesetengah pihak, meluangkan waktu bersama rakan-rakan adalah sesuatu yang amat menyeronokkan. Akan tetapi, siapa sangka waktu bergembira itu boleh bertukar pilu dalam sekelip mata seperti kejadian di Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Termenung Jauh Tengok Laut, Anak Dedah Ibu Mungkin Rindukan Suaminya


Baru sahaja selesai berjoging, mandi laut waktu surut & tak perasan air pasang secara tiba-tiba

Memetik laporan Bernama, 2 daripada 7 remaja diragut nyawa ketika sedang seronok bermandi-manda di Pantai Kampung Tanjung, Seberang Takir pagi tadi. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus. Muhammad Amirul Zulkafli serta Muhammad Aidil Ashman Abdul Manan dikatakan baru sahaja selesai berjoging sebelum mandi laut ketika air masih surut. Namun begitu, mereka berdua tidak sempat menyelamatkan diri ketika air mula pasang secara tiba-tiba.

Tak Sedar Air Laut Mula Pasang Ketika Mandi, 2 Remaja Ditemui Tidak Bernyawa
Kredit Foto: Bernama

 

Pihak bomba dibantu oleh PPDA, jasad ditemui 50 meter dari tempat kejadian kira-kira jam 9 pagi

Panggilan kecemasan telah diterima oleh pihak bomba pada jam 7.37 pagi. Seramai 14 anggota bergegas ke tempat kejadian dan mencari kedua-dua remaja terbabit dengan bantuan daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Kuala Terengganu. Sekitar jam 9 pagi tadi, jasad tidak bernyawa remaja berusia 15 dan 16 tahun tersebut telah pun ditemui oleh pihak berkuasa kira-kira 50 meter daripada tempat kejadian.


Tak Sedar Air Laut Mula Pasang Ketika Mandi, 2 Remaja Ditemui Tidak Bernyawa
Kredit Foto: Bernama
Tak Sedar Air Laut Mula Pasang Ketika Mandi, 2 Remaja Ditemui Tidak Bernyawa
Kredit Foto: Bernama

Sumber: FB Bernama


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini