Viral

Tak Sedar Badan Dah Chubby, Oyen Buat Hal Sampai Terkangkang Masuk Laci Almari

Tak Sedar Badan Dah Chubby, Oyen Buat Hal Sampai Terkangkang Masuk Laci Almari

Kerenah kucing berbulu jingga yang digelar sebagai ‘Oyen’ sering tular di laman media sosial. Meskipun terkenal dengan ragam nakal, ‘si bulus’ ini tetap menjadi kegemaran ramai pihak. Tidak terlepas daripada stereotaip spesis sama, baru-baru ini seekor kucing juga menjadi viral di TikTok dan Twitter.

BACA: Duduk Diam Pakai Seat Belt, Tak Sangka Si ‘Oyen’ Behave Buat Netizen Geram Pula

Habis semua baju dipunggah semata-mata nak masuk dalam laci

Wanita bernama Luara Mullane sempat merakamkan aksi kucingnya yang sedang khusyuk memunggah pakaian daripada sebuah laci. Haiwan yang berbulu putih dan oren itu kemudiannya cuba memasuki ruangan berkenaan dengan cara memasukkan kepala serta separuh badannya terlebih dahulu.


Tak Sedar Badan Dah Chubby, Oyen Buat Hal Sampai Terkangkang Masuk Laci Almari

Tak Sedar Badan Dah Chubby, Oyen Buat Hal Sampai Terkangkang Masuk Laci Almari

Sampai terkangkang bila sangkut dalam laci almari

Akan tetapi, ‘si Oyen’ yang agak berisi ini tersekat pula di ruangan sempit berkenaan sehingga kaki belakangnya naik dan terkangkang. Setelah berhempas-pulas, kucing berkenaan akhirnya berjaya juga meloloskan diri dari laci almari terbabit.


@laura_mullane

He tried his best, but the boy too chonk #chonk #cat #catlovers #draw #cant fit

♬ Crystal Dolphin – Engelwood

Tak sedar diri tu chubby agaknya…tempat tu jugak yang dia nak menyelit

Rata-rata netizen begitu terhibur dan geram melihat keletah kucing jantan tersebut. Selain itu, mereka juga berseloroh kerana kononnya ‘si Oyen’ tak sedar bahawa dirinya terlalu chubby untuk masuk ke ruangan sempit tersebut. Secara keseluruhannya, video berdurasi 24 saat berkenaan mendapat lebih 2 juta tontonan di aplikasi TikTok setakat ini.

Tak Sedar Badan Dah Chubby, Oyen Buat Hal Sampai Terkangkang Masuk Laci Almari

Tak Sedar Badan Dah Chubby, Oyen Buat Hal Sampai Terkangkang Masuk Laci Almari


Tak Sedar Badan Dah Chubby, Oyen Buat Hal Sampai Terkangkang Masuk Laci Almari

Tak Sedar Badan Dah Chubby, Oyen Buat Hal Sampai Terkangkang Masuk Laci Almari

Sumber: TikTok Laura Mullane, Twitter aisyah

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Sedar Badan Dah Chubby, Oyen Buat Hal Sampai Terkangkang Masuk Laci Almari

Facebook

Telegram