Isu Semasa Kesihatan Viral

Tak Sedar Diri Hamil, Doktor Pun Terkejut Nampak Bayi ‘Tersorok’ Ketika Operate

Tak Sedar Diri Hamil, Doktor Pun Terkejut Nampak Bayi ‘Tersorok’ Ketika Operate

Sharing is caring!

Bagi segelintir wanita, kehamilan membawa banyak perubahan ketara kepada bentuk tubuh mereka termasuklah seperti perut yang membuncit kerana kehadiran bayi dalam rahim. Akan tetapi, terdapat juga kisah di mana si ibu tidak perasan bahawa dirinya sedang berbadan dua.

BACA: Budak 13 Tahun Nangis Tak Reti Meneran, Doktor Sebak Kenangkan Ibu Ayah Buta..


Tak sangka hamil… Bila scan, hanya nampak 2 ketumbuhan

Memetik laporan Harian Metro, wanita bernama Sanisah Abu Bakar menyangka perutnya rasa tidak selesa disebabkan oleh ketumbuhan. Hal ini kerana, hasil pemeriksaan di Melaka sebelum ini mengesyaki bahawa Sanisah mempunyai dua ketumbuhan dalam perut dan kehadiran janin atau bayi tidak kelihatan langsung.

Tak Sedar Diri Hamil, Doktor Pun Terkejut Nampak Bayi ‘Tersorok’ Ketika Operate

Tak Sedar Diri Hamil, Doktor Pun Terkejut Nampak Bayi ‘Tersorok’ Ketika Operate
Gambar Sekadar Hiasan

 

Doktor terkejut bila lihat ada baby ‘tersorok’ ketika jalani operation

Ketika sedang menjalani operation, doktor yang bertugas terkejut apabila mendapati kehadiran bayi seakan ‘tersorok’ di sebalik ketumbuhan terbabit. Melihat akan kejadian itu, pakar perubatan berkenaan mengeluarkan si kecil daripada perut wanita berusia 45 tahun tersebut kerana bimbang berlaku sebarang risiko kepadanya.


Tak Sedar Diri Hamil, Doktor Pun Terkejut Nampak Bayi ‘Tersorok’ Ketika Operate

Tak Sedar Diri Hamil, Doktor Pun Terkejut Nampak Bayi ‘Tersorok’ Ketika Operate
Kredit Foto : FB Harian Metro

 

Anak ‘tersorok’ dalam rongga peha, nasib baik nurse perasan

Di ruangan komen pula, ramai netizen rupa-rupanya pernah mengalami kejadian yang sama sewaktu hamil. Antara yang paling menarik perhatian adalah apabila bayi kepada individu berkenaan ‘menyorok’ di rongga pahanya. Kejadian tersebut disedari oleh jururawat yang bertugas lalu membetulkan semula bayi berkenaan kepada kedudukan yang sepatutnya.

Tak Sedar Diri Hamil, Doktor Pun Terkejut Nampak Bayi ‘Tersorok’ Ketika Operate

Tak Sedar Diri Hamil, Doktor Pun Terkejut Nampak Bayi ‘Tersorok’ Ketika Operate

Tak Sedar Diri Hamil, Doktor Pun Terkejut Nampak Bayi ‘Tersorok’ Ketika Operate

Tak Sedar Diri Hamil, Doktor Pun Terkejut Nampak Bayi ‘Tersorok’ Ketika Operate

Sumber: FB Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!