Family Hiburan

Tak Sedar Tertinggal Mak Di R&R, Mujur Ada Polis Siap Bagi Betik Nak Pujuk

Tak Sedar Tertinggal Mak Di R&R, Mujur Ada Polis Siap Bagi Betik Nak Pujuk

Kawasan rehat dan rawat atau R&R merupakan kawasan persinggahan khusus buat para pemandu. Selain dilengkapi kemudahan seperti surau dan tandas, ia turut menyediakan pelbagai gerai makan atau kedai makanan ringan. Namun, pernahkah kita terfikir apa akan jadi jika tertinggal seseorang di kawasan ini sebelum meneruskan perjalanan? Pasti akan timbul banyak masalah nanti.

BACA:ย Ramai Speku Mak Cik Tua Sengaja Dibuang Di RnR, Akhirnya Si Anak Buka Mulut

Nasib baik baru gerak…borak-borak tengok belakang mak takde tertinggal kat R&R

Sama juga seperti kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini apabila dia dan keluarga secara tidak sengaja tertinggal ibunya di sebuah R&R. Menerusi perkongsian roymuhd_ di laman TikTok, pada awalnya dia menyangka wanita itu sedang tidur. Namun, andaiannya meleset selepas mendapati sosok si ibu tiada di dalam kereta sebelum terpaksa u-turn untuk menjemputnya kembali.

Tak Sedar Tertinggal Mak Di R&R, Mujur Ada Polis Siap Bagi Betik Nak Pujuk

Nasib baik ada polis, menangis-nangis aku…diorang bagi betik lagi

Sebaik tiba di kawasan tersebut, wanita itu terus ketawa sejurus masuk ke dalam kenderaan. Malah, dia turut mengakui berasa takut selepas ditinggalkan seorang diri. Namun, mujurlah terdapat dua orang polis yang setia menjaga serta menenangkannya. Lebih menghiburkan, anggota berkenaan sempat membelikannya buah betik sebagai alternatif untuk pujuk daripada terus menangis.

@roymuhd_

Nasib Baik Baru Gerak,Borak2 Tgok Belakang Mak Aku Takde, Tertinggal Kt RNR..Ingatkan Tido,kluar tak bagitau๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ #alkisah #maktertinggalktRNR #fypใ‚ท

โ™ฌ bunyi asal – แ’แŽงแŽฉ MUHD ยฎ๏ธ – ๐š’๐šŠ๐š–.๐š›๐š˜๐šข๐š–๐šž๐š‘๐šยฎ๏ธ

Ya ampun, macam mana boleh tak perasan…nasib baik boleh senyum lagi, kalau mak saya dah meraung dah

Meninjua pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa geli hati mengenangkan nasib si ibu yang ditinggalkan secara tidak sengaja. Malah, ramai sempat teruja melihat reaksinya yang langsung tidak marah serta mampu tersenyum walaupun berasa trauma dengan kejadian itu.

Tak Sedar Tertinggal Mak Di R&R, Mujur Ada Polis Siap Bagi Betik Nak Pujuk

Tak Sedar Tertinggal Mak Di R&R, Mujur Ada Polis Siap Bagi Betik Nak Pujuk

Tak Sedar Tertinggal Mak Di R&R, Mujur Ada Polis Siap Bagi Betik Nak Pujuk

Kredit: roymuhd_

๐Ÿšจ Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Sedar Tertinggal Mak Di R&R, Mujur Ada Polis Siap Bagi Betik Nak Pujuk

Facebook

Telegram

Kasut