Tak Selesa Sebab Mulut Partner Berbau, Guna 4 Cara Halus Tangani Masalah Ini

Masalah bau mulut bukanlah masalah yang kecil apalagi jika bau itu boleh mengundang kesan negatif pada ‘mood’ seseorang. Biarpun menyedari tentang betapa besarnya masalah bau mulut ini tetapi ramai diantara kita yang diam dan rela mencekalkan diri untuk tahan bau berkenaan. Walau bagaimanapun, percayalah perkara ini tidak sepatutnya disimpan kerana anda mungkin akan merosakkan kemesraan anda bersama dia yang tersayang. 

BACA: Terhidu Bau Busuk, Driver Bas Terkejut Lelaki Dewasa Lepas Hajat Dalam Bas!

Gambar sekadar hiasan

Sebenarnya banyak cara yang anda boleh lakukan untuk menangangi masalah ini. Yang penting, janganlah cara anda menyelesaikan masalah ini akan membuatkan anda kehilangan dia untuk selama-lamanya. Berikut adalah 4 cara yang terbaik untuk mengatasi masalah bau mulut si dia.

Jujur pada si dia

Memang sukar untuk lakukan perkara ini sebab masalah bau mulut merupakan masalah yang sensitif. Namun jika kita mendiamkan diri mungkin perkara ini akan lebih memaIukan si dia apabila dia ditegur oleh rakan-rakan pejabat atau majikan. Lagipun, perkara ini juga boleh menyebabkan rasa ‘muak’ untuk berbual, bermesra dan sebagainya. 

Bantu dia cari punca

Masalah bau mulut ini sebenarnya boleh berpunca daripada pelbagai perkara. Antaranya, mulut kering, cara berus gigi yang tidak betul, gigi berlubang atau makan makanan yang boleh menyebabkan bau. Sebagai contoh, pengambilan air yang kurang boleh menyebabkan mulut. Selain itu, makanan seperti petai, bawang putih dan jering juga boleh mendatangkan aroma yang kuat.

Gambar sekadar hiasan

Tegur cara baik

Jika anda sudah berjaya menemui punca bau mulut tersebut, maka inilah masanya anda memberitahu si dia. Namun, nak bagitahu janganlah menggunakan bahasa dan nada yang boleh mengguris hatinya sebaliknya gunakan cara kiasan seperti memberikan dia gula-gula, air atau mencadangkan ubat gigi yang sesuai. 

Bawa jumpa Doktor Gigi

Ini adalah langkah terbaik. Anda bolehlah membawa orang tersayang berjumpa doktor gigi untuk mengenal punca bau tersebut. Tambahan lagi, doktor pastinya individu yang lebih arif tentang pembersihan gigi dan gusi.

Gambar sekadar hiasan

Kesimpulannnya, anda bolehlah menggunakan keempat-empat cara ini untuk membantu partner anda mengatasi masalah bau mulut. Jika anda tidak memulakan cara ini, anda mungkin perlu menghadapi kesengsaraan ini sepanjang hidup anda. Namun, ambillah sedikit masa dan pastikan yang diri sendiri tidak mempunyai masalah yang sama. Selamat mencuba!

Sumber: mstar

Apa Komen Anda?