Tak Sempat Beli Kek Birthday, Suami Usaha Dapatkan Sebiji Burger Sebagai Ganti

Dalam hidup berumah tangga, sudah menjadi lumrah bagi suami isteri untuk sama menghargai kehadiran masing-masing sebagai pelengkap kehidupan. Namun terpulang pada individu itu bagaimana untuk mengekspresikan penghargaan tersebut. Tidak terkecuali bagi seorang lelaki ini yang tular di laman Twitter setelah dilihat berusaha untuk meraikan hari ulangtahun isteri walaupun bersifat ala kadar. 

BACA: Sering On Time & Tak Culas Beri Nafkah Isteri, Rezeki Suami Masuk Tak Putus

Yang dah berkahwin, tolong harga isteri 

Advertisement

Menurut pengendali akaun Twitter bernama Am, kisah inspirasi berkenaan telah dikongsikan oleh seorang rakannya yang berkerja di sebuah restoran makanan western. Dia telah didatangi oleh seorang pelanggan lelaki yang berhajat untuk membeli sebiji burger. Namun, apa yang menariknya adalah lelaki tersebut memintanya untuk menulis ucapan sambutan ulang tahun buat si isteri. 

Advertisement

Tak sempat beli kek, burger jadi hadiah birthday

Lelaki yang sudah agak berumur itu menjelaskan dirinya tidak sempat untuk membeli kek buat isterinya memandangkan kedai juga sudah mula tutup. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk membeli burger sebagai ganti bagi menggembirakan cinta hatinya. Perkongsian yang telah dimuat naik tersebut berjaya meraih lebih 23,600 retweet. 

Advertisement

Kenapa rasa nak nangis tengok muka pakcik tu 

Perkongsian yang menyanyat hati itu nyata telah membuat netizen tersentuh melihat kesungguhan serta keikhlasan lelaki itu dalam membahagiakan isterinya. Rata-rata netizen turut mendoakan semoga insan tersebut turut memperoleh kebahagiaan yang setimpal seperti apa yang telah dilakukannya. 

Sumber: Twitter Am 

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?