Tak Sempat Kongsi Berita Hamil, Kini Wanita Cuma Mampu Bawa Anak Ke Pusara Atuk

Kehilangan insan tersayang pasti akan memberi kesan yang mendalam kepada seseorang. Antara kehilangan yang amat menyakitkan dan sukar untuk diterima adalah pemergian ibu bapa untuk selama-lamanya. Hal ini kerana, ayah dan ibu merupakan dua insan yang tidak dapat dicari ganti. Terbaharu, seorang wanita telah berkongsi di media sosial beberapa keping gambar anaknya ketika mereka menziarahi sebuah pusara.

BACA: [FOTO] Nangis Semak Keputusan UPSR Di Pusara Ibu, Murid Ini Undang Sebak Ramai

Tak sempat pun nak bagitahu Allahyarham

Menurut satu posting dikongsi oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Alia ini, dia telah membawa anak kecilnya, Ilham ke pusara Allahyarham bapanya. Dia memberitahu bahawa lelaki itu sudah pergi buat selamanya dalam bulan yang sama ketika dia mendapat tahu dirinya sedang mengandung. Ibu kepada Ilham ini juga berkongsi bahawa dia tidak sempat untuk berkongsi berita gembira itu dengan bapanya sebelum ini.

Advertisement

Saya rindu ayah

Pengguna Twitter ini turut berkata ini adalah kali pertama anaknya dibawa untuk berjumpa dengan Allahyarham. Tidak sempat bertemu di atas dunia, hanya pusara menjadi tempat pertemuan mereka berdua. Tidak ketinggalan, wanita ini meluahkan rindu dan dia juga memberitahu muka anak kecilnya seiras dengan muka Allahyarham.

Advertisement

Al-Fatihah untuk Allahyarham

Perkongsian yang meraih lebih daripada 13 ribu tanda suka itu telah mengundang rasa sebak di kalangan netizen. Rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada pengguna Twitter berkenaan dan ada juga berkongsi di posting tersebut mengenai nasib sama yang mereka alami.

 

Advertisement

Sumber: Twitter twt_alia

 

Advertisement

Apa Komen Anda?