Tak Serik Dah Kantoi Sekali, Fatin Afeefa Masih Layan Suami Orang?

Tahun lalu, nama aktres Fatin Afeefa pernah dikaitkan dengan kontroversi menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang. Perkara itu tercetus apabila terdapat netizen yang menemui foto panasnya bersama lelaki berkenaan. Malah kenyataan itu diperkukuh lagi apabila terdapat seorang pelayar Twitter yang hanya dikenali sebagai Mag mengakui bahawa dia adalah isteri kepada lelaki berkenaan dan berang dengan hubungan rahsia mereka.

BACA: “Siang Malam Kerja Keras Demi Anak” -Fatin Afeefa Kongsi Jerih Jadi Ibu Tunggal

Kredit foto: Xtra
Kredit foto: Xtra

Terbaru, pelakon drama ‘Asalkan Kau Bahagia’ itu dikatakan telah berhubung semula dengan lelaki yang sama walaupun pernah berjanji untuk tidak mengganggu rumah tangga mereka lagi. Hal ini didedahkan sendiri oleh Mag yang memuat naik status kecewa terhadap Fatin menerusi akaun Twitter miliknya.

Kalau dah janji tak kacau rumah tangga aku lagi…berhenti sorok2 berjumpa

Saya dah padam semua post terdahulu. Awak tak dapat bayangkan betapa pilunya hati saya hampir 2 tahun ini.. Bukan mudah untuk memaafkan orang yang sama lebih daripada 2 kali. Nampaknya kemaafan saya telah dikhianati, dimanipulasi, dan diambil kesempatan.

Namun Mag hanya mengekalkan satu screenshot perbualan oleh Fatin yang pernah berang dengan lelaki tersebut. Paparan itu dibiarkan sebagai peringatan kepada Fatin agar tidak sesekali membuat kesalahan yang sama.

Saya ambil keputusan untuk up perbualan ni sebab sekarang dia seperti buat U-turn. Kalau dia Ianggar ayat sendiri,  lepas ni saya akan post semua gambar luc*h dia. Kerosakan itu dah pun terjadi. Saya pun dah teruk balik2 dikenakan.

Sumber: Twitter HannaMa13333320 & Xtra

Apa Komen Anda?