Viral Isu Semasa

Tak Serik-Serik, Rupanya Akak Kedai Air Buah Sudah Banyak Kali Dipanggil JHEAT

Tak Serik-Serik, Rupanya Akak Kedai Air Buah Sudah Banyak Kali Dipanggil JHEAT

Dengan kuasa viral netizen Malaysia yang luar biasa, akhirnya semalam pihak Jabatan Hal Ehwam Agama Terengganu (JHEAT) membuat serbuan di kedai air buah terletak di Kampung Saujana, Terengganu. Operasi berkenaan yang dijalankan bersama Majlis Daerah Setiu (MDS) terbabit turut mengesahkan wanita bernama Darlene itu sudah pun ditahan untuk siasatan lanjut.

BACA : Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Tular rakaman menyaksikan pihak berkuasa serius membuat serbuan di premis air buah

Pada semalam juga, sebuah video tular menyaksikan rakaman pihak berkuasa benar-benar datang ke premis terbabit untuk mengambil keterangan wanita berusia 32 tahun itu ekoran dakwaan dirinya dirangkul mesra oleh 2 pelanggan lelaki. “Orang lain buat hal, kami pula kena”. Demikianlah ayat daripada salah seorang pekerja lain yang membuat luahan kesal kerana Darlene seakan-akan teraniaya akibat keterlanjuran orang lain.

Tak Serik-Serik, Rupanya Akak Kedai Air Buah Sudah Banyak Kali Dipanggil JHEAT

Tak Serik-Serik, Rupanya Akak Kedai Air Buah Sudah Banyak Kali Dipanggil JHEAT

Rupanya, wanita ini sudah beberapa kali dipanggil JHEAT

Bagi melengkapkan soal siasat, mereka turut akan memanggil beberapa saksi lain dan siasatan terbabit bakal dijalankan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Disangka hanya sekali, rupanya wanita yang sama pernah dipanggil beberapa kali oleh JHEAT rentetan bersikap kurang sopan ketika melayani pelanggan. Ibarat mencurah air ke daun keladi, segala nasihat dan pemantauan yang dibuat pihak berwajib juga tidak dipandang serius menjadikan isu sama kerap berulang.

@afizuddinnawi

#SudahKenaSerbuKuasaViral.. #DFloraAirbuah#fypシ゚viral #fypシ🍹🥰 🍹 😋

♬ bunyi asal – Afizuddin Nawi – Afizuddin Nawi

Tak Serik-Serik, Rupanya Akak Kedai Air Buah Sudah Banyak Kali Dipanggil JHEAT

Sesal dahulu pendapat, sesal kemudian mana nak letak muka?

Namun setelah keterangan diambil, wanita itu sudah pun dibebaskan dengan bon jaminan. Justeru itu, pihak JHEAT memberikan pesanan agar orang ramai sentiasa menjaga perlakuan selari dengan agama Islam. Melalui ruangan komen, ramai netizen berharap semoga isu itu dapat dijadikan pengajaran khususnya berkaitan kepentingan menjaga maruah diri.

Tak Serik-Serik, Rupanya Akak Kedai Air Buah Sudah Banyak Kali Dipanggil JHEAT

Tak Serik-Serik, Rupanya Akak Kedai Air Buah Sudah Banyak Kali Dipanggil JHEAT

Tak Serik-Serik, Rupanya Akak Kedai Air Buah Sudah Banyak Kali Dipanggil JHEAT

Tak Serik-Serik, Rupanya Akak Kedai Air Buah Sudah Banyak Kali Dipanggil JHEAT

Kredit : TikTok affizudinnawi & FB Utusan Malaysia

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Serik-Serik, Rupanya Akak Kedai Air Buah Sudah Banyak Kali Dipanggil JHEAT

Facebook

Telegram