Artis rumah tangga Viral

Tak Sia-Sia Berlatih 3 Hari, Mas Idayu Memukau Veil Terapung Dibawa 18 Belon

Tak Sia-Sia Berlatih 3 Hari, Mas Idayu Memukau Veil Terapung Dibawa 18 Belon

Mendapat rezeki tajaan hampir RM7 juta daripada pelbagai pihak, nampaknya majlis resepsi Mummy Mas Idayu dan suaminya, Muhammad Sufian Che Isa berlangsung dengan cukup meriah. Dihadiri ramai kenalan media, artis dan pastinya sanak saudara, sejak semalam banyak video tular memaparkan 1001 suasana acara grand berkenaan.

BACA : Dari Awal Tak Tahu Status Sebenar DDNK, Isteri Nafi Pernikahan Atas Dasar Duit

Kain veil terapung cetus fenomena fesyen terbaru di Malaysia

Dengan tema Dongeng & Fantasi, kemasukan pasangan mempelai ke atas pentas utama majlis resepsi adalah yang paling memukau pandangan tetamu. Bukan sahaja busana yang sepadan bernilai RM12,000, malahan veil penyanyi dangdut itu seakan-akan mencetuskan fenomena fesyen terbaru.

Tak Sia-Sia Berlatih 3 Hari, Mas Idayu Memukau Veil Terapung Dibawa 18 Belon

Kain layah Mummy Mas Idayu terapung dibawa belon helium

Jika sebelum ini bridesmaids perlu ramai-ramai mengangkat veil panjang, Mummy Mas Idayu tampil berbeza kerana kain itu terapung di udara dengan bantuan belon helium. Hanya perlu dibantu sehingga ke langkah tangga terakhir, kemudian artis berkenaan sambung berjalan seperti biasa dengan penuh anggun sekali.

Memang berbaloi sebab dialah orang pertama yang pakai macam ni

Menjadi artis pertama yang mengenakan kain layah sebegitu, pihak wedding planner iaitu Anas Abdullah mendedahkan rupanya ia mengambil masa 3 hari untuk sesi latihan bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Berkepanjangan 15 kaki serta 18 biji belon, nampaknya kelainan yang cuba dibawa pada perkahwinan kedua selebriti tersebut disifatkan berjaya.

Tak Sia-Sia Berlatih 3 Hari, Mas Idayu Memukau Veil Terapung Dibawa 18 Belon

Kredit : IG Media Hiburan, Harian Metro & FB Harian Metro

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Sia-Sia Berlatih 3 Hari, Mas Idayu Memukau Veil Terapung Dibawa 18 Belon

Facebook

Telegram