Tak Suka Isteri Hamil Susah, Lihat Cara Lelaki Ini Berikan Layanan First Class!

Sesungguhnya wanita adalah antara ciptaan Tuhan yang indah dan teristimewa. Oleh sebab itu, setiap yang bergelar suami perlu menggalas amanah besar seperti sentiasa menjaga serta memelihara isteri tak kira waktu, tempat atau masa. Meskipun bukan mudah untuk memahami mereka tambah-tambah lagi ketika sedang sarat mengandung, namun perlu diberikan perhatian lebih kerana isteri sangat sensitif dan paling rapuh (vulnerable) pada saat itu.

BACA: “Saya Suka Effort Dia” – Atlet Paralimpik Tak Sangka Dilamar Isteri Walau Lumpuh

Ujar wanita yang dikenali sebagai Dee ini, dia sebenarnya suka melakukan semua perkara dengan usaha sendiri dan bukanlah jenis yang gemar dimanjakan sangat. Namun gara-gara sedang menghamilkan anak sulung mereka, suaminya selalu menjaga kebajikan dan akan berleter apabila Dee tidak mendengar cakapnya. Kalau tak percaya, lihat tindakan suaminya dalam video terbaru mereka di Twitter. Alahai sweetnya!

You tak pernah mengandung…so you pun tak tahu mampu buat ke tak”

Ternyata layanan yang diberikan oleh lelaki bernama Hakeem ini mencuri tumpuan ramai apabila video tersebut telah meraih lebih 50 ribu jumlah tontonan sejak dimuatnaik. Mana taknya, jarang ada suami yang sanggup menyarungkan kedua-dua belah stokin serta kasut isteri kan? Selain terinspirasi dengan sikap yang dipamerkan oleh suami isteri ini, rata-rata netizen turut menitipkan komen agar mereka turut dikurniakan partner yang memahami seperti ini.

Nak kahwin…rasa disayangi macam ni jugak

Sumber: Twitter deeharrisa

Apa Komen Anda?