Hiburan

Tak Suka Meminta-Minta Di Media Sosial, Ebby Yus Ikut Saranan Kerajaan

Tak Suka Meminta-Minta Di Media Sosial, Ebby Yus Ikut Saranan Kerajaan

Sharing is caring!

Penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah banyak menjejaskan periuk nasi masyarakat Malaysia. Antara yang tak terkecuali daripada kelompok tersebut adalah pelawak dan pelakon terkenal, Ebby Yus.

BACA : “Mereka Perlu Ada Prinsip” – Pelakon Veteran Roslan Salleh ‘Tegur’ Artis Baru


Tak Suka Meminta-Minta Di Media Sosial, Ebby Yus Ikut Saranan Kerajaan

Lebih selesa rujuk Persatuan Seniman

Tidak seperti selebriti lain, Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid lebih selesa merujuk pemasalahannya dengan Persatuan Seniman Malaysia (PSM) berbanding membuat perkongsian di media sosial. Hal ini kerana pelawak berusia 56 tahun itu percaya PSM telah mengatur strategi terlebih dahulu dalam menangani isu tersebut. Tambahnya lagi, PSM juga telah memberikan sumbangan kepadanya beberapa hari lalu.

Tak Suka Meminta-Minta Di Media Sosial, Ebby Yus Ikut Saranan Kerajaan Tak Suka Meminta-Minta Di Media Sosial, Ebby Yus Ikut Saranan Kerajaan

 

Tak Suka Meminta-Minta Di Media Sosial, Ebby Yus Ikut Saranan Kerajaan

Ikut saranan kerajaan, tidak suka meminta-minta

Ebby Yus juga berkata dia tidak suka meminta-minta kerana lebih gemar bekerja untuk mencari rezeki. Namun gara-gara patuh terhadap arahan PKP, kesemua projek seninya telah ditunda kepada tarikh yang belum pasti. Susulan itu, pelakon rancangan JKK ini memohon bantuan kewangan demi meneruskan hidup.


 

Tak Suka Meminta-Minta Di Media Sosial, Ebby Yus Ikut Saranan Kerajaan

Tak Suka Meminta-Minta Di Media Sosial, Ebby Yus Ikut Saranan Kerajaan

Bimbang keadaan kakak di kampung

Dalam pada itu, Ebby juga menyatakan kebimbangan terhadap kakaknya yang berada di kampung. Hal ini kerana kakaknya itu tinggal berseorangan dan memegang status Orang Kurang Upaya (OKU). Dia juga memberitahu setakat ini hanya mampu menghubungi saudaranya itu melalui telefon dan rindu untuk pulang ke kampung untuk menziarahinya.

Tak Suka Meminta-Minta Di Media Sosial, Ebby Yus Ikut Saranan Kerajaan

Sumber : Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Suka Meminta-Minta Di Media Sosial, Ebby Yus Ikut Saranan Kerajaan

Sharing is caring!