Dilema penjaga kucing tatkala haiwan itu dalam keadaan kurang sihat tidak ubah seperti ibu yang merisaukan anaknya. Akan tetapi ada kalanya bukanlah mudah untuk memberikan haiwan peliharaan itu makan ubat pil. Jika tidak bernasib baik, tuan si bulus itu pula dicakar sebagai cara memberontak.
BACA: [VIDEO] Gigih Ceramahkan ‘Si Bulus’ Tentang COVID-19, Aksi Bapa Ini Lawak Habis
Ada teknik yang betul kalau tak nak kena gigit
Namun usah risau, kali ini doktor haiwan dikenali sebagai Liyana Mohtar tampil berkongsi tutorial mudah melalui video di laman Twitter. Beliau telah menerangkan secara ringkas mengenai teknik dan cara yang betul menyuapkan ubat cacing buat kucing kesayangannya. Ubat cacing (Dewormer) perlu dibahagikan kepada dua bahagian jika berat kucing bawah 2 kilogram.
Kucing akan menjilat kalau berjaya telan ubat
Bagi mengehadkan pergerakannya, kucing perlu diletakkan di kawasan yang lebih tinggi. Setelah itu, pegang bahagian kepala kucing dan dongakkannya ke atas. Pada masa yang sama, buka mulut kucing menggunakan jari tengah manakala jari lain digunakan untuk menolak ubat terus ke dalam rongganya. Menurutnya, kucing akan bertindak menjilat mulutnya apabila selesai menelan ubat.
Alamak terjebak dah buat TikTok.
But this is for you yang nak tahu macam mana nak bagi ubat untuk kucing ✌️💊🐱🩺 pic.twitter.com/Mx99TtuqOq— Liyana Mohtar (@LiyanaMohtar) April 25, 2020
Lepas ini senang lah nak bagi kucing makan ubat..
Video berdurasi 43 saat itu telah meraih lebih 4 ribu retweets setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen dilihat sangat teruja untuk mencuba teknik istimewa itu terhadap haiwan peliharaan masing-masing. Malah tidak kurang juga, ada yang meminta banyak lagi perkongsian sebegini daripada Dr. Liyana.
Sumber: Twitter @LiyanaMohtar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura