Viral

Tak Tahan Rindu, Pemuda Tekad Ke Rumah Orang Tua ‘Pinjam’ Mak Ayah Untuk Beraya

Tak Tahan Rindu, Pemuda Tekad Ke Rumah Orang Tua ‘Pinjam’ Mak Ayah Untuk Beraya

Sharing is caring!

Bagi mana-mana individu bergelar anak, kehilangan ibu bapa pastinya menjadi saat paling menakutkan dalam hidup mereka. Tidak terkecuali, apa yang dilalui pemuda ini apabila tekad ke Pusat Jagaan Warga¬† Emas Nur Ehsan di Kempas Johor Bahru untuk memohon ‘meminjam’ orang tua di situ bagi beraya bersama. Kejadian tahun lalu itu diceritakan oleh Abdullah Ibrahim yang merupakan pembantu di pusat jagaan terbabit.

BACA : Stress Ibu Ayah Berpisah Depan Mata, Remaja Pernah 2 Kali Nekad Tamatkan Nyawa


Malangnya permintaan itu tak dapat ditunaikan..

Menurut lelaki berusia 65 tahun itu, pemuda terbabit berbuat demikian kerana terasa sangat sunyi dan dipercayai baru pertama kali beraya bersendiri tanpa dua insan tersayang. Meskipun bersimpati dengan nasib menimpa individu berkenaan, namun permintaan tersebut tidak dapat ditunaikan berikutan kesemua warga emas di pusat itu masih mempunyai waris.

Tak Tahan Rindu, Pemuda Tekad Ke Rumah Orang Tua ‘Pinjam’ Mak Ayah Untuk Beraya

Tak Tahan Rindu, Pemuda Tekad Ke Rumah Orang Tua ‘Pinjam’ Mak Ayah Untuk Beraya
Gambar Sekadar Hiasan

 

Anak enggan sara mak ayah..

Bercerita dengan lebih lanjut, Abbdullah berkata terdapat juga anak yang tidak menghargai apabila sanggup membuang ibu bapa uzur bagi melepaskan diri dari menggalas tanggungjawab menjaga orang tuanya. Di mana sekitar tahun 2016, ada suami isteri di bawa ke pusat jagaan tersebut kerana anak lelaki mereka telah lari dari rumah dan membiarkan mereka yang sudah uzur hidup sendirian.


Tak Tahan Rindu, Pemuda Tekad Ke Rumah Orang Tua ‘Pinjam’ Mak Ayah Untuk Beraya

Tak Tahan Rindu, Pemuda Tekad Ke Rumah Orang Tua ‘Pinjam’ Mak Ayah Untuk Beraya
Gambar Sekadar Hiasan

Akhirnya kedua-dua mereka hembuskan nafas terakhir di pusat ini..

Bagaimanapun, beberapa tahun kemudian pihaknya berjaya menjejaki lelaki terbabit tanpa pengetahuan ibu dan ayahnya. Apa yang meruntun jiwa adalah meskipun si anak sudah menyesali perbuatannya, namun mereka tetap berkeras untuk terus berada di pusat berkenaan sebelum kedua-duanya menghembuskan nafas terakhir beberapa bulan kemudian.

Tak Tahan Rindu, Pemuda Tekad Ke Rumah Orang Tua ‘Pinjam’ Mak Ayah Untuk Beraya

Sumber : Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Tahan Rindu, Pemuda Tekad Ke Rumah Orang Tua ‘Pinjam’ Mak Ayah Untuk Beraya

Sharing is caring!