Hiburan

Tak Tahu Bila Ajal Menjemput, Ajak Shiro Mahu Kekal Berbakti Kepada Isterinya

Tak Tahu Bila Ajal Menjemput, Ajak Shiro Mahu Kekal Berbakti Kepada Isterinya

Sharing is caring!

Semalam, kita telah menyambut Hari Wanita Sedunia bagi menghargai pengorbanan dan jasa yang telah dilakukan oleh golongan wanita. Ia mengangkat tema ‘Seimbang Untuk Sejahtera’ yang bermaksud memberikan fokus kepada kesejahteraan sosial terutamanya di kalangan wanita. Turut menarik perhatian adala pelawak, pelakon dan penyampai radio Mohd Hanaffi atau lebih dikenali sebagai Ajak Shiro selepas dia berkongsi ucapannya kepada isteri tercinta.


BACA”:[VIDEO] Amaran Ajak Shiro Bila Isteri Tak Isi Minyak Bikin Ramai Terhibur

10 tahun untuk halalkan hubungan

Menurut kirimannya di Instagram, Ajak telah bertemu dengan Nur Afifah ketika berusia 13 tahun dan terus berazam untuk memperisterikannya. Walaupun cinta monyet, Ajak telah mendirikan rumah tangga pada usia 23 tahun selepas mengambil masa selama 10 tahun bagi menghalalkan hubungan percintaan mereka. Ketika itu, isterinya masih belajar dan dia sedang bertugas di Lumut. Melahirkan rasa syukur setelah 11 tahun usia berkahwin, mereka kini telah dikurniakan tiga anak yang dianggap sebagai amanah di samping menguatkan lagi hubungan perkahwinan. 


Tak Tahu Bila Ajal Menjemput, Ajak Shiro Mahu Kekal Berbakti Kepada Isterinya

Tak Tahu Bila Ajal Menjemput, Ajak Shiro Mahu Kekal Berbakti Kepada Isterinya

Hanya ajal dan kematian akan pisahkan mereka

Anak kelahiran Kluang ini turut berdoa selagi diberikan kehidupan untuk hidup, dia akan terus berbakti kepada isterinya dan biarlah ajal serta kematian yang akan memisahkan hubungan mereka. Di samping itu, Ajak melahirkan rasa takut jika akan kehilangan wanita yang dicintainya kerana dia juga tidak tahu bila ajal akan menjemput dirinya.


Tak Tahu Bila Ajal Menjemput, Ajak Shiro Mahu Kekal Berbakti Kepada Isterinya

Tak Tahu Bila Ajal Menjemput, Ajak Shiro Mahu Kekal Berbakti Kepada Isterinya

Tak Tahu Bila Ajal Menjemput, Ajak Shiro Mahu Kekal Berbakti Kepada Isterinya

Sumber: Instagram Ajak Shiro

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Tahu Bila Ajal Menjemput, Ajak Shiro Mahu Kekal Berbakti Kepada Isterinya

Sharing is caring!