Tak Tahu Bila Waktu Berbuka Dalam Pesawat, PU Azman Jawab Soalan Wan Sharmila

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa penuh pastinya mahu menggantikan bila diberi sahaja masa dan kesempatan kan? Bagaimanapun, terdapat beberapa situasi yang boleh menyebabkan kita tertanya-tanya sama ada boleh mempengaruhi ibadah tersebut atau tidak. Sebagai contoh, pelakon Wan Sharmila pernah bertanyakan soalan tentang waktu berbuka puasa semasa Ramadhan yang lalu ketika dia berada di dalam pesawat pulang ke tanah air dari Brunei.

BACA: “Kerja Kami Sama Macam B0mba & P0lis..” – Doktor Kongsi Suasana Berbuka Di IJN

First time berbuka puasa di awan…tapi ada kemusykilan

View this post on Instagram

1st time berbuka puasa di awan. Tapi ada kemusykilan smlm. Kita sahur and mula puasa di Brunei.. Flight jam 6pm. Soalannya kita kena berbuka waktu Brunei atau waktu Malaysia.? Tapi semalam kita berbuka ikut matahari. The cabin crew said the higher we fly the more we can see the sun. So i assume selagi tak gelap selagi tu lah takleh berbuka. Or boleh ke kita kira yg kita ni musafir ? So smlm kalau tak silap kita berbuka mcm lambat sikit dari waktu kl. Mcm 7.30 gitu. Haaaa soalan mcmni jarang diutarakan kan.. Knowledge juga benda ni. Takpe lah yang penting puasa saya dan team @aurakasihhq #aurakasihjamuwarisan semalam sempurna InsyaAllah.. 😘

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on

Terpanggil untuk menjawab persoalan itu, baru-baru ini PU Azman ada memuat naik satu posting menjelaskan bahawa situasi itu bukan lah bergantung pada waktu lokasi berlepas atau waktu ketika berada di atas sesebuah tempat itu.

Waktunya berdasarkan penglihatan seseorang terhadap matahari terbenam…

Gambar sekadar hiasan

Semakin tinggi tempat seseorang, maka semakin lambat dia melihat terbenamnya matahari

Orang di tingkat paling atas berbuka lewat berbanding di bawah

Gambar sekadar hiasan

Cik Man turut menjelaskan bahawa konsep yang sama turut digunapakai di menara tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa, Dubai yang mempunyai 3 zon waktu berbuka puasa berbeza. Tapi dia turut memberitahu bahawa kebiasaannya, krew kabin akan memaklumkan tentang waktu berbuka tersebut. Berpuas hati dengan jawapan tersebut, pelakon drama Senafas Rindu ini dan rata-rata netizen turut mengucapkan tanda penghargaan kepadanya.

Yeay dah faham…Thank you

Sumber: IG lala.wansharmila & pu_azman

Apa Komen Anda?