“Tak Tahu Pun Ada Ganjaran Jika Jumpa Nora, Kami Ikhlas Bantu..” – Sukarelawan

Petang tadi, hasil post mortem jasad Nora Anne yang ditemui sejak Selasa lalu di sekitar kawasan Gunung Berembun telah pun didedahkan. Teka-teki mengenai punca tragedi itu terjawab apabila remaja tersebut telah meninggaI dunia kerana tidak makan selama beberapa hari. Bagaimanapun, terdapat bermacam spekulasi pula timbul apabila penemuan jasad tersebut dikatakan ada kaitan dengan ganjaran wang sejumlah RM50,000 yang dtawarkan oleh keluarga Nora kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau menemui gadis tersebut.

BACA: “Kami Warga Setempat Pun Tak Berani Pergi Gunung, Tempat Nora Anne Hilang Tu..”

Kami tak tahu pun soal ganjaran itu…hanya mahu bantu operasi SAR

Terpanggil dengan perkara itu, wakil kumpulan pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne telah memberikan maklum balas mengenainya. Menerusi pendedahan kepada Sinar Harian, Kenny Chan, 43, memaklumkan bahawa mereka sekadar mahu membantu pihak berkuasa selepas mengetahui tentang kehilangan gadis yang juga OKU masalah pembelajaran itu.

Kredit foto: Sinar Harian

Kami ikhlas…kalau diberikan wang pun pasti akan ditolak juga

Tegasnya lagi jika ditawarkan wang itu oleh keluarga Nora Anne sekalipun, mereka tetap akan menolak wang ganjaran itu. Hal ini kerana anak mereka telah pun ditemui dalam keadaan yang cukup menyedihkan. Sebelum ini, Kenny turut memberitahu kepada pengamal media bahawa pihaknya juga sendiri tidak percaya untuk menemukan jasad remaja Ireland itu selepas 10 hari operasi SAR dijalankan. Mengulas tentang fizikal Nora ketika ditemui pula, dia hanya melihatnya sekali imbas sahaja sebelum pihak berkuasa membawa jasad berkenaan untuk dibawa ke HospitaI Tuanku Ja’afar, Seremban.

Kredit foto: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Apa Komen Anda?