“Tak Tau Siapa Buat Dengan Dia” – Yana Marah Anak Tiba-Tiba Kucup Bibirnya

Ibu dan ayah mana yang tak sayang anak kan? Terdapat bermacam cara untuk menunjukkan perasaan kasih sayang dan eratkan hubungan bersama si manja. Antara yang menjadi trend ibu bapa masa kini adalah gemar mengucup mulut anak sendiri sama ada di dalam dan luar rumah, selain turut dikongsikan di media sosial. Selebriti Yana Samsudin juga turut berkongsikan pengalamannya sendiri apabila anaknya, Aisy Mateen tiba- tiba sudah pandai untuk membuat perkara tersebut serta ancaman mulut orang luar.

BACA: Risau Ikut Jejak Artis Lain, Suami Harap Yana Samsudin Kekal Berhijab

Saya bagitau dia pipi & dahi je boleh…mulut jangan!

Gara-gara tersentak dengan gelagat spontan anak lelakinya itu, Yana terus menegurnya agar jangan mengulanginya lagi walaupun dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini kerana Yana sendiri risau bahawa Mateen  akan tersalah erti perbuatan itu bermaksud sebagai tanda sayang dan dilakukan di kawasan tadika pula bersama rakan-rakannya.

Dia kucup mulut Mateen I terus terpaku. “Eh apa kau buat ni?”

Dalam pada itu, dia turut berkongsi beberapa pengalaman bila mana ada pihak luar pula yang mahu melakukan perkara tersebut kepada Mateen ketika masih bayi lagi. Yana malah pernah berasa kecewa dengan diri sendiri apabila tidak sempat menyelamatkan anaknya daripada dikucup begitu sahaja, lebih-lebih lagi dengan pihak yang ada bau r0k0k. 

Paling tak boleh terima ayah yang kucup mulut anak sendiri…mak pun tak buat macam tu!

Sejak daripada itu, dia dan suami semakin mengambil langkah berhati-hati apabila membawa anaknya keluar bersama. Dalam pada itu, dia turut menyeru orang ramai agar menyampaikan kesedaran tentang perkara ini kepada semua kerana berkaitan dengan faktor kesihatan, akhlak dan perilaku mereka di masa akan datang. Tidak lama selepas itu, dia turut berkongsi sebuah video yang memaparkan dia menegur Mateen tentang perkara tersebut sebagai peringatan untuk ibu bapa lain di luar sana juga.

Sumber: FB Yana Samsudin

Apa Komen Anda?