Family Isu Semasa

Tak Tertanggung Kerinduan Di Hati, Bapa Tetap Cari Anak Hilang 8 Bulan Lepas

Tak Tertanggung Kerinduan Di Hati, Bapa Tetap Cari Anak Hilang 8 Bulan Lepas

Sharing is caring!

Pada 16 April yang lalu, negara telah dikejutkan dengan berita kehilangan adik Muhammad Zahiruddin Putra Bin Mohd Fauzi di sekitar Bandar Seri Putra Bangi. Terdahulu, bapa kepada adik Zahir iaitu Mohd Fauzi pernah memuat naik beberapa foto sedang dirawat di pusat perubatan gara-gara mengalami masalah kepala yang agak teruk. Tambahnya, komplikasi berkenaan mungkin ada kaitan kerana terlalu memikirkan soal kehilangan anak tercinta yang masih belum dijumpai sehingga kini.

BACA: “Allah Uji Saya Lagi” -Selepas Hilang Suami, Kini Anak Kedua Nora Pula ‘Pergi’

Rasa macam nak pecah kepala rasanya

Tak Tertanggung Kerinduan Di Hati, Bapa Tetap Cari Anak Hilang 8 Bulan Lepas

Bermacam fitnah dilontarkan…dugaan demi dugaan kami hadapi


Tanggal 19 Disember baru-baru ini pula, lelaki ini sekali lagi berkongsi tentang perkembangan insiden terbabit yang sudah masuk hari ke-245 atau 8 bulan 3 hari. Meskipun keluarganya terpaksa menempuh pelbagai dugaan serta tohmahan sepanjang tempoh tersebut, namun mereka redha dengan takdir Yang Maha Esa. Malah Fauzi turut tidak akan sesekali mengalah dan memohon bantuan serta doa orang ramai supaya kanak-kanak berusia 8 tahun itu lekas ditemukan. 

Tak Tertanggung Kerinduan Di Hati, Bapa Tetap Cari Anak Hilang 8 Bulan Lepas

Tak Tertanggung Kerinduan Di Hati, Bapa Tetap Cari Anak Hilang 8 Bulan Lepas

Dah tak tertanggung kerinduan dalam hati…

Tak Tertanggung Kerinduan Di Hati, Bapa Tetap Cari Anak Hilang 8 Bulan Lepas

Pilunya dengar rintihan si ayah…satukanlah Zahir bersama keluarganya


Status yang menyayat hati itu nyata telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan meraih hampir 3 ribu perkongsian setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berasa sebak apabila membaca luahan sayu daripada bapa ini. Mereka turut menitipkan doa agar adik Zahir berjaya kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan yang baik-baik saja. 

Tak Tertanggung Kerinduan Di Hati, Bapa Tetap Cari Anak Hilang 8 Bulan Lepas

Tak Tertanggung Kerinduan Di Hati, Bapa Tetap Cari Anak Hilang 8 Bulan Lepas

Tak Tertanggung Kerinduan Di Hati, Bapa Tetap Cari Anak Hilang 8 Bulan Lepas

Sumber: FB Mohd Fauzi


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!