Cinta Family Inspirasi Keibubapaan

Tak Tolak Rezeki Ada Anak, Haqiem Rusli Belajar Jadi Suami Yang Baik Dahulu

Tak Tolak Rezeki Ada Anak, Haqiem Rusli Belajar Jadi Suami Yang Baik Dahulu

Sebaik sahaja sesi akad nikah antara Haqiem Rusli dan Anis Sofea selesai pada 20 November lalu, mereka pernah diajukan soalan mengenai perancangan menimang cahaya mata oleh seorang wartawan. Mengenangkan usia isterinya yang baru sahaja 19 tahun, penyanyi lelaki ini memberi respon perihal zuriat bukanlah keutamaan mereka buat masa sekarang.


BACA: Akui Pernah Takut Nak Kahwin Muda, Sofea Tidak Jealous Dengan Peminat Haqiem

Apa sahaja urusan Anis Sofea saya turut ambil tahu…Bagi saya best, tu pengembaraan baru

Terbaharu, Haqiem ada menyatakan perbezaan selepas bergelar seorang suami kerana kini dia perlu mengambil tahu segala urusan isteri termasuklah hal-hal berkaitan kerja dan masalahnya. Namun menurut penyanyi berkenaan, dia merasakan pengalaman ini agak menyeronokkan kerana menganggap ini sebagai satu pengembaraan baru baginya.


Tak Tolak Rezeki Ada Anak, Haqiem Rusli Belajar Jadi Suami Yang Baik Dahulu

Saya tak tolak rezeki…Saya masih buat ‘research‘ macam mana nak jadi suami yang baik

Sekali lagi diajukan soalan mengenai cahaya mata, lelaki yang sering dengan kaca mata hitamnya itu berterus terang mereka masih belum bersedia. Haqiem akui bahawa sekarang dia masih lagi membuat ‘research‘ untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri tercinta. Pun begitu, dia tidak akan menolak sekiranya rezeki anak itu dikurniakan lebih awal.


Tak Tolak Rezeki Ada Anak, Haqiem Rusli Belajar Jadi Suami Yang Baik Dahulu

Tak Tolak Rezeki Ada Anak, Haqiem Rusli Belajar Jadi Suami Yang Baik Dahulu

Kami plan nak buat umrah dulu…After that baru pergi London atau Korea

Tambahnya lagi, dia dan Sofea akan sentiasa merujuk kedua ibu bapanya dalam urusan rumah tangga kerana yakin mereka lebih berpengalaman mengenai hal ini berbanding rakan-rakannya. Penyanyi lagu berjudul ‘Mimpi’ itu juga sempat berkongsikan perancangan bakal mengerjakan umrah tahun hadapan dan bercuti ke London ataupun Korea selepas itu.

Kredit: Portal mStar, YouTube mStar Online Malaysia & Instagram qiemiliorise98

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Tolak Rezeki Ada Anak, Haqiem Rusli Belajar Jadi Suami Yang Baik Dahulu

Facebook

Telegram