“Takkan Lari Lif Dikejar..”- Rapid KL Tegur Sikap Masyarakat Buat Penumpang OKU

Menyedari kepentingan untuk melestarikan kualiti hidup setiap insan, terdapat bermacam kemudahan atau fasiliti yang mesra mesra Orang Kurang Upaya (OKU) diwujudkan di kawasan awam. Perkara ini turut dilakukan oleh pihak berwajib demi memenuhi hak serta keperluan golongan ini agar sama dengan orang lain. Namun begitu, kadang kala mereka terpaksa akur juga apabila kelebihan seperti itu disalahgunakan oleh sesetengah pihak.

BACA: Ditegur Amalkan Hubungan Songsang, Punca ‘Mukhsin’ Tumbuk & Cekik Bekas Tunang?

Baru-baru ini, pengelola atau admin akaun media sosial syarikat perkhidmatan Prasarana Malaysia Berhad atau Rapid KL telah bertindak menegur sikap beberapa pengguna khidmat mereka yang telah menghalang seorang individu berkerusi roda daripada menaiki lif di sebuah stesyen MRT. Dalam catatan di laman Facebook itu, pihak mereka turut memuat naik sekeping foto yang dikirimkan oleh salah seorang penggunanya.

Kadang-kadang, bagus untuk lihat sekeliling terlebih dahulu. Takkan lari lif dikejar, laju-laju sangat nak pergi mana?

Ada kaki naik la tangga…tapi mungkin tak perasan orang wheel chair tu kot

Dalam pada itu, papan tanda yang jelas memaparkan keutamaan untuk OKU di bahagian pintu lif tersebut turut mencuri perhatian ramai. Susulan ‘teguran sentap’ yang dibuat oleh pihak Prasarana itu, ramai netizen di Facebook turut memberikan pandangan masing-masing terhadap situasi terbabit. Meskipun ada yang kurang puas hati dengan gelagat mereka yang ada dalam foto itu, namun masih ada juga yang bersangka baik menyatakan mereka mungkin tidak perasan dengan kehadiran individu atas kerusi roda tersebut.

Sumber: FB Rapid KL

Apa Komen Anda?