Taknak Uji Virus. China Didakwa Cuba Selindung Angka Sebenar Corona?

Virus Corona atau lebih dikenali sebagai Virus Wuhan merupakan virus baru yang muncul di sebuah kawasan bernama Wuhan, China. Virus ini menarik perhatian dunia apabila mencatat angka kematian yang tinggi dalam masa singkat serta dikatakan tidak mempunyai sebarang penawar.  Lebih memeranjatkan, virus  yang asalnya ada pada kelawar ini dikatakan menyerang masyarakat Wuhan kerana tabiat pemakanan eksotik yang diamalkan mereka. Penyediaan makanan dari kelawar dan ular dikatakan menjadi penyebab utama virus ini mulai tersebar antara manusia ke manusia.

BACA: Selepas Influenza, Rakyat  Malaysia Wajib Alert Tentang Corona Virus Dari China

Advertisement

Sehingga kini, keadaan di China dilaporkan sangat genting. Beberapa video tular di laman sosial, menggambarkan keadaan terkini Wuhan yang digambarkan sebagai kota zombi. Menurut seorang netizen, Danny Chen  yang kini tinggal di Shanghai, keadaan di sana amat getir sehingga lebih 60 juta penduduk terpaksa dikuarantin dan kejadian ini merupakan yang terburuk dalam sejarah China.

Anyone that sees this:I'm currently living in Shanghai.The Coronavirus is no joke. I will be updating this post…

Advertisement

Posted by Danny Chen on Sunday, January 26, 2020

 

Lapan Jam Menanti untuk Menerima Rawatan

Advertisement

Selain itu, keadaan yang kian memburuk di sana menyebabkan banyak h0spital terpaksa ditutup. Beliau turut berkongsi pengalaman ahli keluarganya yang cuba mendapatkan rawatan beberapa hari lalu akibat demam. Bukan sahaja makciknya terpaksa menanti 8 jam untuk bertemu dengan doktor, malahan doktor terbabit mengelak untuk menjalankan ujian Corona .Sebaliknya makciknya diminta untuk duduk di rumah sahaja.

 

Advertisement

 

Kerajaan Menolak Untuk Diagnos Virus, Supaya Bilangan Jangkitan dan Kematian Rendah

Advertisement

Kata beliau lagi, kerajaan China sebenarnya cuba menutup bilangan rasmi pesak1t dan jumlah kematian yang sebenar dengan tidak menjalankan ujian Corona. Malahan kebanyakan kematian dilabelkan sebagai pneunomia sahaja kerana tidak pernah diuji positif untuk Corona.

 

Advertisement

Tiada Vaksin Tiada Rawatan

Beliau berkata,  penyak1t ini masih tidak ditemui vaksin dan hanya dirawat dengan titisan IV dan sunt1kan horm0n, dan yang terbaru ubatan HIV.

Advertisement

“Virus ini boleh merebak melalui orang yang tidak menunjukkan sebarang simptom. Jadi,  jangan dekati sesiapa yang baru-baru ini pernah ke China (walaupun diri saya sendiri, seandainya saya dapat keluar dari China). ”

Menurut beliau lagi, virus ini juga bukan sahaja boleh merebak melalui hidung dan mulut, malahan juga mata.

Advertisement

 

Sumber: Danny Chen

Advertisement

 

 

Advertisement

Apa Komen Anda?