Viral Isu Semasa

Taksub Dengan Kerjaya, Lelaki Mohon Guru Usah Banding Diri Dengan Frontliners

Taksub Dengan Kerjaya, Lelaki Mohon Guru Usah Banding Diri Dengan Frontliners

Sharing is caring!

Baru-baru ini, media sosial menjadi hangat mengenai rungutan sesetengah guru tentang kerisauan berdepan risiko COVID-19 tatkala kembali bertugas di sekolah. Sampai satu tahap, kenyataan itu seolah-olah membandingkan kerja mereka yang ditegaskan lebih mencabar daripada frontliners sendiri. Oleh yang demikian, individu bernama Adil Rafael tampil menegur para guru.

BACA: Ramai Pelajar Kini Biadap Terhadap Guru Hamil, Dakwa Cuti Lama Punca Tak Pandai


Taksub Dengan Kerjaya, Lelaki Mohon Guru Usah Banding Diri Dengan Frontliners

Taksub Dengan Kerjaya, Lelaki Mohon Guru Usah Banding Diri Dengan Frontliners
Gambar Sekadar Hiasan

Bersyukurlah dapat merasa work from home

Menerusi laman Facebook, Adil menyifatkan para pendidik seharusnya bersyukur kerana dapat merasa pengalaman bekerja dari rumah selain berharap mereka tidak membandingkan diri dengan frontliners. Hal ini kerana barisan hadapan sebenarnya lebih terdedah kepada jangkitan COVID-19. Frontliners juga perlu menyarung personal protective equipment (PPE) ketika berada di kawasan merah sahaja walaupun terpaksa berpanas.

Taksub Dengan Kerjaya, Lelaki Mohon Guru Usah Banding Diri Dengan Frontliners

Taksub Dengan Kerjaya, Lelaki Mohon Guru Usah Banding Diri Dengan Frontliners
Gambar Sekadar Hiasan

Misi mereka hanya untuk selamatkan rakyat

Selain itu, Adil juga menyeru para guru agar bersyukur kerana gaji tidak terjejas sama sekali sepanjang tempoh getir itu. Pengorbanan yang dilakukan oleh para frontliners juga adalah untuk menyelamatkan masyarakat termasuk para pendidik. Ini juga bagi memastikan supaya orang ramai boleh meneruskan kehidupan dalam persekitaran yang lebih selamat.


Taksub Dengan Kerjaya, Lelaki Mohon Guru Usah Banding Diri Dengan Frontliners

Taksub Dengan Kerjaya, Lelaki Mohon Guru Usah Banding Diri Dengan Frontliners
Gambar Sekadar Hiasan

Usah lah taksub dan bandingkan diri

Oleh itu, lelaki tersebut mengingatkan agar cikgu-cikgu berhentilah daripada perasaan taksub dengan kerjaya sendiri sehingga membanding-bandingkan pengorbanan yang dibuat oleh frontliners. Adil mengakui dia berasa sedih apabila melihat posting berkenaan. Hal ini kerana, dia terkenangkan rakan-rakannya yang berhempas pulas sebagai seorang pejuang barisan hadapan sepanjang tempoh PKP.

Taksub Dengan Kerjaya, Lelaki Mohon Guru Usah Banding Diri Dengan Frontliners

Taksub Dengan Kerjaya, Lelaki Mohon Guru Usah Banding Diri Dengan Frontliners
Sekadar Gambar Hiasan

Sumber: FB Encik Adil Rafael


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!