Takut Nak Campur Makanan Darat & Laut, Pendedahan PU Azman Ini Sangat Membantu!

Rasanya ramai pernah dengar pantang larang mencampurkan makanan darat dengan laut dalam satu hidangan sekali. Tambahan pula, ada juga mereka yang begitu takut mengabaikan pantang larang ini seolah-olah ianya menjadi satu peraturan atau hukum yang wajib dipatuhi. Namun, adakah pantang larang ini sekadar mitos atau mempunyai bukti secara sains dan agama? Ikuti penjelasan daripada PU Azman ini. 

BACA: Boleh Nak Panggil Isteri Sama Macam Ibu Sendiri, Asalkan Jangan .. – PU Azman

Gambar sekadar hiasan

PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah Bin Alias memang sering memuat naik gambar atau kapsyen berbentuk pencerahan tentang agama. Terbaharu, beliau telah berkongsi pendapat ulama tentang persoalan mencampurkan makanan darat dan laut dalam satu hidangan. Menurutnya, tidak ada dalil langsung yang melarang mencampurkan kedua-dua jenis makanan tersebut.

IsIam tak larang tapi jangan memudaratkan

Sebenarnya, tiada larangan dalam agama untuk mencampurkan makanan laut dan darat. Misalnya, dalam Al-Quran sendiri kita hanya disuruh makan makanan yang halal yakni ‘Halaalan Toyyiban‘ kerana mencari yang halal itu adalah baik. Namun, ada doktor yang melarang mencampurkan kedua-dua jenis makanan tersebut kerana faktor kesihatan. Dalam hal ini, jika ia betul-betul memudaratkan kesihatan seseorang maka barulah disarankan untuk tidak mencampurkannya. 

Jangan tamak

Selain itu, agama juga mengajar kita untuk tidak mengambil makanan yang banyak dalam satu masa. Ini kerana agama melarang kita untuk tamak supaya tidak berlaku pembaziran.  Tambahan lagi, agama juga melarang kita untuk memakan makanan yang bukan hak kita kerana itu jelas haram dalam konteks ini. Kesimpulannya, tak salah untuk mencampurkan makanan darat dengan udara tetapi pentingnya untuk kita mengawal selera makan.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: IG PU Azman

Apa Komen Anda?