Viral

Takut Tinggi, Ragam Kucing Berpaut Bila Diselamatkan Dari Bumbung Comel Habis

Takut Tinggi, Ragam Kucing Berpaut Bila Diselamatkan Dari Bumbung Comel Habis

Sharing is caring!

Memandangkan haiwan berkaki empat ini sering kali mahu disayangi, maka tidak hairanlah apabila ia dipelihara oleh rata-rata masyarakat di negara ini. Selain dapat bermanja atau melepaskan stress dengan main bersama, ada kalanya para pemilik kucing juga bingung apabila mereka melakukan perkara-perkara yang tak masuk akal seperti yang berlaku dalam video viral baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Haus Sebab Panas, Koala Sanggup Kejar Rider Basikal Demi Seteguk Air

Pandai panjat…tapi tak pandai turun

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita bernama Hanis Ishak ini, dia terpaksa memanjat sendiri tangga demi menyelamatkan kucing peliharaan dari atas kawasan bumbung rumahnya. Ujarnya, proses itu bagimanapun tidaklah semudah disangka apabila haiwan yang diberi nama ‘Baby Tiger‘ itu tidak mendengar kata meskipun telah dipanggil berulang-ulang kali. Akhirnya, dia berjaya membawa turun selepas merentap salah satu kakinya.

Bila masa keluar rumah…last last sangkut minta tolong


Menurut Hanis lagi, tidak ada seorang pun ahli keluarga yang mengetahui bagaimana kucing tersebut tiba-tiba berada di sana. Mereka cuma menyedari perkara itu apabila Baby Tiger mengeluarkan bunyi berulang-ulang kali berkemungkinan tidak mengetahui cara untuk turun semula dengan selamat. Katanya lagi, kejadian pelik itu juga mungkin ada kaitan dengan usianya yang sudah semakin tua.

Takut Tinggi, Ragam Kucing Berpaut Bila Diselamatkan Dari Bumbung Comel Habis

Geram betul…dah la muka buat-buat innocent

Meskipun video tersebut cuma berdurasi singkat, namun gelagat kucing manja itu telah meraih lebih 250 ribu jumlah tontonan dan 18 ribu retweets setakat ini. Selain memuji keberanian yang dimiliki oleh Hanis dalam situasi tersebut, rata-rata netizen nyata terhibur apabila menyaksikan ragam kucing itu yang seolah-olah memeluk erat pemiliknya sewaktu diselamatkan daripada kawasan tinggi itu. 

Takut Tinggi, Ragam Kucing Berpaut Bila Diselamatkan Dari Bumbung Comel Habis


Takut Tinggi, Ragam Kucing Berpaut Bila Diselamatkan Dari Bumbung Comel Habis

Takut Tinggi, Ragam Kucing Berpaut Bila Diselamatkan Dari Bumbung Comel Habis

Sumber: Twitter haaaanishak


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!