Tatkala musim penularan wabak COVID-19 melanda negara, ramai yang dilihat terkesan dengan keadaan tersebut. Malah pengumuman Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April telah menyebabkan sumber pendapatan segelintir netizen terjejas. Ekoran itu, Abdul Rahman Bin Kasim atau lebih sinonim disapa Man Raja Lawak telah tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban orang ramai.
BACA : Artis Malaysia Tak Beri Derma Macam Artis KPOP? Aweera Bidas Dakwaan Netizen
Derma sebahagian wang kemenangan MLM2019
Menerusi laman Instagram miliknya, dia akan mendermakan sebahagian wang yang diraihnya bersama kumpulan Puteh selepas menjuarai Maharaja Lawak Mega 2019. Jelasnya, situasi yang berlaku pada masa kini amat memberi kesan dari segi kewangan dan emosi semua pihak termasuk dirinya sendiri. Rentetan itu, pelawak tersebut telah memperuntukkan wang sebanyak Rm50 ribu bagi meringankan bebanan pihak berkenaan.
Akan teliti setiap permohonan
Pelawak tersebut memberitahu dia juga akan meneliti setiap permohonan tersebut bagi memastikan mereka yang betul-betul layak sahaja dapat menerimanya. Walau bagaimanapun, Man juga memaklumkan sekiranya tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pelawak berkenaan permohonan tersebut dikira gagal. Pelawak itu juga berharap dengan derma yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Selain itu, Man turut berharap supaya orang ramai mendoakannya dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi daripada wabak COVID-19.
Sumber : Instagram Man Raja Lawak
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
