Tangan Gigil Masa Sarung Cincin, Nadzmi Dedah Isteri Sedang Pulih Depression..

Sejak beberapa hari lalu, babak tersipu malu yang ditonjolkan oleh pelakon Ardell Aryana saat disarungkan cincin kahwin oleh suaminya, Nadzmi Adhwa telah hangat dibincangkan di laman media sosial. Meskipun rata-rata netizen menganggapnya sebagai babak sweet yang sering dirasai oleh pengantin baru, namun ada sesetengah pihak yang menganggap itu sebagai ‘drama’ sahaja. Tidak cukup itu, Ardell turut menerima banyak kecaman sehingga dilabel sebagai seorang ‘wanita Parkinson’.

BACA: Malu2 Saat Sarung Cincin Dikritik Drama Saja, Peminat ‘Backup’ Ardell & Nadzmi

Untuk pengetahuan semua…Ardell hidap anxiety & depresion yang agak teruk sebelum ni

Selepas 4 hari majlis pernikahan itu berlangsung, akhirnya Nadzmi tampil menjelaskan keadaan sebenar mengenai isterinya. Difahamkan Ardell atau nama penuhnya, Nurul Hidayah Mohd Amin sedang pulih daripada beberapa gejala mental yang pernah dihidapi olehnya sebelum ini. Tambahnya lagi, perkara ini memang tidak boleh dijangka bila untuk berlaku. Malah Ardell juga pernah terkejut sehingga dapat panic attack apabila terlalu ramai di hadapannya sebelum ini.

Perasaan berkawan & suami isteri jauh beza…kami berdua awkward depan orang ramai

Dalam pada itu, Nadzmi turut tidak menafikan bahawa perasaan sebelum dan sesudah kahwin sangat lain walaupun mereka sudak berkawan hampir 8 tahun. Selain itu, mereka juga berasa sedikit cemas sewaktu upacara pembatalan air sembahyang sambil dilihat oleh seisi keluarga, sahabat handai serta rakan media.

Jangan hina isteri…saya mohon jaga lah hati kami

Mengenai gelaran terhadap isteri sebagai minah gigil, perempuan Parkinson serta cacat pula, Nadzmi cuma mampu meminta jasa baik semua pihak agar tidak menghina mana-mana ahli keluarganya jika tidak tahu apa-apa atau tidak berada di majlis tersebut. Hal ini kerana terdapat banyak pengorbanan yang dilakukan oleh mereka sebelum berjaya tiba ke detik bahagia ini. Dalam pada itu, para peminat pula tak putus-putus mendoakan kebahagiaan mereka dalam menempuh alam rumah tangga meskipun diduga seawal ini.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua terima kasih atas doa semua tak terbalas saya. Ada sedikit yang ingin saya kata kan 🙂. Sebelum ini telah tular video yang mana saya sedang menyarungkan cincin kepada isteri saya dan isteri saya menggeletar tangannya dan hampir sesak nafas. Untuk pengetahuan semua isteri saya mengidap anxiety serta deppresion yang agak teruk sebelum ni. Dan masih lg dalam proses treatment/pemulihan. Anxiety boleh terjadi bila bila masa sahaja pada isteri saya bukan hanya pada hari pernikahan kami malah dari sebelum ini lagi , apabila terlalu ramai dihadapan nya isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan panic attack. Yg boleh mengakibatkan black out , pitam , sesak nafas. Sejujurnya selama kami berkawan kami banyak berjumpa kerana kami buat kerja yang sama dalam tailoring & design. Perasaan berkawan & perasaan bergelar suami isteri itu jauh beza nya , dan saya pasti detik itu detik yang terlalu berbeza setelah akad dilafaz . Pada hari pernikahan kami berdua memang sangat awkward dihadapan orang ramai untuk sesi batal air sembahyang. Gugup berhadapan org ramai. Semua perasaan lega, takut, gembira, dan sedih bergabung yg menyebabkan kami mengigil untuk masuk ke fasa baru dlm hidup kami , dan keadaan pada waktu itu seperti semuanya berubah. Kami tidak mampu menghentikan kata-kata negative dari setengah nitizen , tp sy berharap tolong doakan yg baik2 dan jgn timbulkan spekulasi sekiranya tidak tahu apa apa atau tidak berada di majlis kami . Sedaya upaya sy dan family kami cuba naikkan semangat isteri sy sehingga kami berjaya tempuh pelbagai dugaan hingga ke detik bahagia ini. Kami bukan manusia sempurna, kami cuma manusia biasa yg ade hati. Sebagai seorang suami , Tolong 🙏🏻 jaga hati isteri saya & jangan gelar isteri saya minah gigil , perempuan parkinson , perempuan cacat serta saya tak kisah andai ada yang buat parody saya & isteri untuk menjadi bahan gelak tawa nitizen, cuma jangan HINA isteri saya . Saya mohon jaga lah hati kami suami isteri , family mertua sy dan family sy. Segala yg buruk datang dr kami, yg baik datang dr Allah SWT. Terima kasih utk doa yg baik2 dan terima kasih juga utk yg sebaliknya 🤗. #adhwardell ❤️

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Sumber: IG nadzmiadhwa

Apa Komen Anda?