Viral

Tangan Kemain Ligat Menari TikTok, Kakak Stress Sampai Nak ‘Letgo’ Adik Sendiri

Tangan Kemain Ligat Menari TikTok, Kakak Stress Sampai Nak ‘Letgo’ Adik Sendiri

Memasuki hari raya keempat, pastinya sambut Aidilfitri tahun ini agak berbeza berbanding sebelumnya. Dalam tempoh dunia berdepan dengan pandemik COVID-19, hari raya disambut secara sederhana berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarakat (PKPB).


BACA : ‘Bersemut Screen’ Gelagat Suami Bila Isteri Cuba Batalkan Wudhuk Lawak Habis

Gelagat ‘gila-gila’ dua beradik buat ramai terhibur

Mana tidaknya, hanya pada hari raya pertama sahaja aktiviti kunjung-mengunjung dibenarkan. Hal itu membuatkan kebanyakannya menghabiskan masa bersama keluarga tercinta di rumah. Malah saat bersama adik beradik pastinya ada sahaja perkara ‘gila-gila’ yang akan dibuat meskipun terkadang ia menghiburkan hati. Mungkin itulah kata-kata yang terlintas di minda kita tatkala melihat gelagat spontan dua adik ini.


Tangan Kemain Ligat Menari TikTok, Kakak Stress Sampai Nak ‘Letgo’ Adik Sendiri

Orang nak selfie, dia sibuk nak TikTok

Rakaman berdurasi 10 saat berkenaan mula tular apabila dikongsikan menerusi Twitter @memendarling. Mendapat lebih 100 ribu tontonan, apa yang dilakukan oleh si adik berkenaan ternyata menghiburkan netizen. Dalam keadaan teruja, si adik manis yang mengenakan baju kurung lincah menggerakkan tangannya menari ala-ala ‘TikTok’. Manakala kakaknya sedang selfie di hadapan cermin di ruang tamu.


Tangan Kemain Ligat Menari TikTok, Kakak Stress Sampai Nak ‘Letgo’ Adik Sendiri

Salah satu sebab aku nak ‘letgo‘ adik aku

Tercuit rasa terganggu oleh tindakan tersebut, gadis berkenaan kemudiannya mempamerkan reaksi tidak puas hati sambil memberikan satu jelingan kepada si adik. Meskipun menyedari situasi berkenaan, gadis itu hanya mengabaikan jelingan tersebut sebelum meneruskan tariannya.

Sumber : Twitter memendarling

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tangan Kemain Ligat Menari TikTok, Kakak Stress Sampai Nak ‘Letgo’ Adik Sendiri

Facebook

Telegram