Tangguh Nikah Sebab Bapa Pengantin Kritikal, Tapi Lepas Sehari Jadi Isteri..

Seringkali kita mendengar bila tibanya hari pernikahan seseorang, pasti akan berlaku bermacam jenis drama yang dilalui oleh pengantin, baik yang pihak lelaki mahupun perempuan. Walaupun kita hanya mampu merencanakan semua persiapan termasuklah tarikh perkahwinan, namun Yang Maha Esa sahaja layak untuk menentukannya jua. Begitulah yang terjadi kepada seorang pengantin baru bernama Siti Khairunnisa Mesbah ini apabila dia terpaksa menangguhkan pernikahan gara-gara kesihatan ayah yang tercinta.

BACA: “I Miss You Sayang..” – Sebak! Bercinta 9 Tahun, Tapi Kahwin Cuma 3 Bulan Saja

Tahniah dah sah…takziah atas pemergian ayah

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh wanita yang dikenali sebagai Laila ini, dia juga tidak menyangka bahawa hari yang sepatutnya menjadi detik bahagia teman rapatnya itu tiba-tiba bertukar menjadi hari yang sebaliknya. Mereka malah bergegas ke pusat rawatan demi mendapatkan ayah wanita itu siap dengan persalinan pengantin sekali.

Kurang sejam nak akad…dapat call ayah kritikal & majlis ditunda

19/8 sah jadi milik orang…20/8 ayah hembuskan nafas terakhir

Walaupun majlis pernikahan dapat berlangsung 2 hari kemudian, namun mereka sekali lagi dikejutkan dengan berita dukacita apabila bapanya telah pergi buat selam-lamanya sehari selepas itu. Laila turut memuji semangat dan kecekalan yang dipamerkan oleh rakannya ini sepanjang melalui tempoh 4 hari tersebut.

Dengan persalinan nikah aku hanya mampu menanti di pintu hospitaI

Selain itu, Siti Khairunnisa juga turut meluahkan isi hatinya mengenai peristiwa tersebut. Katanya, majlis persandingan yang telah dirancang itu hanya ditukar kepada jamuan makan sahaja buat tetamu kerana akad nikah belum terIafaz lagi.

Bibi sayang ayah tau…sayang sangat!

Tidak cukup dengan itu, wanita berusia 28 tahun ini juga akui tersentuh apabila mendapat kata-kata sokongan dan tanda simpati daripada para tetamu yang hadir ke majlis berkenaan. Malah setiap kali dia didakap oleh mereka, suasana sayu dan sebak memenuhi majlis tersebut. Dia turut berterima kasih terhadap sikap ambil berat yang dipamerkan oleh rakan-rakan yang ada ketika itu, selain berkata dia serta keluarga kini redha dengan pemergian ayahanda tercinta pada hari tersebut.

Sumber: Twitter lailasyaf96 & nisajedahla

Apa Komen Anda?