Tanggungjawab Ibu Ayah Hanya Besarkan Anak, Bukan Rosakkan Rumah Tangga Mereka

Apabila seseorang itu telah mengikat tali perkahwinan bersama calon pilihannya, individu tersebut perlu faham bahawa dia juga akan ‘berkahwin’ dengan seluruh keluarga mentuanya juga. Tidak dinafikan kebiasaannya pengantin baru masih mentah ilmu dan pengalaman tentang rumah tangga. Namun itu bukanlah ‘lesen’ buat para mentua bagi mengawal atau menentukan soal hala tuju keluarga milik anak-anak. 

BACA: “Dulu Bapak Aku Talakkan Mak Sebab Keluarga Mentua, Sekarang Aku Dah Kahwin..”

Bila anak dah kahwin…bukan tanggungjawab ibu bapa buat keputusan

Menerusi perkongsian yang pernah dibuat oleh saudara Firdaus Shakirin tempoh hari, dia mengkritik sikap sesetengah ibu bapa yang suka mengawal kehidupan anak-anak yang sudah mempunyai suami atau isteri masing-masing. Hal ini kerana jelasnya, tanggungjawab seseorang ibu bapa cumalah mengasuh serta mendidik anak-anak agar pandai berdikari.

Gambar sekadar hiasan

Jangan masuk campur…kesan untuk setiap keputusan itu ditanggung mereka

Ujar lelaki ini lagi sekiranya seseorang anak mahu mendapatkan nasihat atau pandangan tentang sesuatu isu sekalipun, ibu bapa bukan sahaja tidak boleh membuat atau mempersoal setiap keputusan. Sebaliknya mereka perlu mengambil kira juga perasaan menantu terlebih dahulu memandangkan impaknya dirasai oleh mereka selaku suami isteri.

Gambar sekadar hiasan

Kita rasa baik…sedangkan kita memecahbelahkan privasi mereka

Menurut Firdaus, dia sedar sudah menjadi lumrah ibu bapa mahukan yang terbaik untuk setiap ahli keluarganya. Namun cara tersebut perlu dinilai kembali sama ada menggugat atau menguntungkan pihak yang terlibat iaitu anak dan partner masing-masing. Oleh sebab itu, dia menyeru semua yang sudah bergelar ibu dan bapa mentua agar memberikan ruang kepada mereka untuk mencorak bentuk keluarga mengikut pilihan tersendiri dan membantu dari aspek yang patut sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Firdaus Shakirin

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?