Sebulan sebelum due date bersalin, kebanyakan wanita sudah membuat persiapan rapi untuk menyambut bayi termasuklah urusan bersama pihak pusat rawatan. Namun sepanjang tempoh mengandung, ada juga situasi di mana ibu-ibu terpaksa melahirkan anak mereka dengan lebih awal. Kelahiran jenis pra-matang mungkin boleh mengundang risiko, akan tetapi seorang wanita ini masih diberikan rahmat menimang anak keduanya dengan selamat.
BACA : Baik Tanggung Dosa Dari Malu-Anak Hamil Luar Nikah, Ibu Desak Gugurkan Cucu

Pengalaman yang tak dapat dilupakan
Melalui penceritaan Puan Amyra Di Facebook, dia mendedahkan bahawa kelahiran anak keduanya ini telah berlaku di dalam rumah dan bukanlah dibantu oleh mana-mana petugas kesihatan. Ketika itu, dia sudah bersiap untuk bertolak ke tempat kerja sebelum merasai contraction yang awalnya dianggap sebagai ‘panggilan’ untuk membuang air besar. Menguatkan diri untuk bergerak ke ruang tamu, situasi semakin getir apabila air ketubannya pecah.

Kepala baby keluar tanpa saya teran…Tarik kepala tapi uri sangkut
Umpama kuasa Tuhan, bayi di dalam perutnya keluar dengan sangat mudah tanpa perlu diteran sekuat hati. Walaupun sudah cuba menarik sendiri kepala anaknya, uri bayi terbabit telah tersangkut. Mujur sahaja petugas kesihatan sampai tepat pada masanya dan menenangkan keadaan. Sehingga kini, bayi bertuah itu masih berada di NICU kerana menerima rawatan akibat masalah pernafasan yang dihadapinya.

Sumber : Facebook Kak Amyra
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura