Hiburan

“Tarik Qasidah Tu Mahal” – Naqiu Sahut Cabaran Irama Melayu, Siap Berzapin Lagi

“Tarik Qasidah Tu Mahal” – Naqiu Sahut Cabaran Irama Melayu, Siap Berzapin Lagi

Sharing is caring!

Walaupun sudah menghampiri penghujungnya, namun program realiti Gegar Vaganza sekali lagi memberikan kejutan kepada para peserta serta penonton. Memandangkan keputusan markah peserta tercorot dikatakan agak rapat, pihak juri bersepakat untuk tidak melakukan sebarang penyingkiran. Hal ini sekali gus menyaksikan kesemua lapan bintang layak mara ke konsert separuh akhir yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

BACA: [VIDEO] Keberanian Naqiu Dipuji, Tak Ramai Mampu Nyanyi Tanpa Iringan Muzik

Tinggalkan imej rock ‘leleh’…Naqiu Boboy cabar diri berzapin

Antara bintang GV yang mencuri tumpuan ramai dalam menggalas tugasan untuk menyampaikan lagu hasil komposer-komposer terhebat tanah air malam tadi adalah Naqiu Boboy. Meskipun dia berjaya menyampaikan lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebelum ini, namun genre irama Melayu asli yang berjudul ‘Ting Ting’ tak dinafikan antara cabaran terbesar yang perlu diharunginya untuk kekal dalam pertandingan ini.

“Tarik Qasidah Tu Mahal” – Naqiu Sahut Cabaran Irama Melayu, Siap Berzapin Lagi


“Tarik Qasidah Tu Mahal” – Naqiu Sahut Cabaran Irama Melayu, Siap Berzapin Lagi

Pitching ada terganggu…tapi kamu suka cuba sesuatu dalam pertandingan

Sambil diiringi pemuzik dan penari tradisional, ternyata percaturan figura bapa kepada 5 orang anak ini berjaya memberi persembahan bertenaga. Malah dia turut dilihat menari bersama-sama dan memeriahkan lagi konsert semalam. Walaupun vokal persembahannya dikritik tidak sempurna, tetapi barisan juri profesional memberikan pujian atas usahanya untuk mencuba perkara baru sepanjang pertandingan ini. 

Part tarik ‘qasidah’ tu mahal…dengar pun rasa nak menari

Secara keseluruhannya, Naqiu telah memperoleh tempat ketiga dalam senarai kedudukan bintang GV2019 di belakang One Nation Emcees dan juga penyanyi kelahiran Singapura iaitu Hady Mirza. Pun begitu, rata-rata netizen memberikan reaksi yang positif terhadap aksi persembahan yang ditampilkan semalam. Sebagai satu-satunya penyanyi yang diberi cabaran untuk menyampaikan lagu dengan genre tersebut, mereka berpendapat bahawa Naqiu wajar mendapat tempat ke pusingan separuh akhir.


“Tarik Qasidah Tu Mahal” – Naqiu Sahut Cabaran Irama Melayu, Siap Berzapin Lagi

“Tarik Qasidah Tu Mahal” – Naqiu Sahut Cabaran Irama Melayu, Siap Berzapin Lagi

“Tarik Qasidah Tu Mahal” – Naqiu Sahut Cabaran Irama Melayu, Siap Berzapin Lagi

“Tarik Qasidah Tu Mahal” – Naqiu Sahut Cabaran Irama Melayu, Siap Berzapin Lagi

Sumber: YouTube Astro Gempak & IG thisisnaqiu, astrogempak


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!