Tayang Diri & Kekayaan Di Media Sosial? Anda Mungkin Terjebak ‘Syirik Moden’!

Budaya memuat naik gambar mahupun aktiviti harian ke media sosial sudah pastinya menjadi perkara biasa di zaman sekarang. Kadangkala, ada yang sengaja mahu mempamerkan kesenangan yang dimiliki demi meraih perhatian orang ramai. Namun, anda perlu lebih berhati-hati kerana perbuatan seperti ini sebenarnya digelar sebagai ‘syirik moden’. Tanpa sedar, ramai yang seakan ‘menghalalkan’ perbuatan seperti ini dalam hidup masing-masing.

Baca : Tak Tunjuk Couple, Tanda Tak Sayang? Inilah Mentaliti Sampah Budak Zaman Kini!

Gambar sekadar hiasan

Berikut merupakan beberapa contoh perkara ‘syirik moden’ yang mungkin pernah anda lakukan sendiri. Jangan fikir manisnya sahaja sebab perbuatan ini ada juga kesan sampingannya.

Waktu makan sibuk ambil gambar untuk ditayangkan pada orang lain

Gambar sekadar hiasan

Semua aktiviti anak & suami nak beritahu umum…Benda ni tak selamat

Gambar sekadar hiasan

Tayang kebahagiaan sedangkan orang lain mungkin sedang berduka

Menurut Da’i Wan Dazrin, beliau juga ada mengulas lanjut tentang ‘syirik moden’ ini.

Jelasnya, seseorang yang memuat naik gambar cantik ke media sosial dengan niat meraih pujian juga tergolong dalam golongan ‘syirik moden’ ini. Bukan itu sahaja, syirik ini bersifat tersembunyi dan akan dizahirkan menerusi media sosial dek kerana riak dan dalam diri.

Gambar sekadar hiasan

Sepanjang masa, orang yang membuat ‘syirik moden’ ini mahu dunia luar terus mendengar tentang kehidupan mereka. Di akhir penjelasan Da’i Wan, dia berpesan agar kita semua berhati-hati kerana ‘syirik moden’ memberi kesan yang sangat buruk jika tidak dikawal.

Sumber : Portal Mingguan Wanita dan Twitter Haqril

 

Apa Komen Anda?