Tayang Sisi Lembut Jadi MakeUp Artist, Aksi Spontan Aaron Aziz Lawak Habis!

Malam tadi, telah berlangsungnya episod pertama rancangan ‘All Stars Buka Panggung’ (ASBP) iaitu sebuah pertandingan berkonsepkan komedi pentas yang menguji para pelakon tanah air untuk beraksi secara spontan. Selain dihoskan oleh Ajak dan Shahrol daripada kumpulan Shiro, antara selebriti yang membuat persembahan di pentas pertama ini adalah Dato’ Aaron Aziz, Naim Daniel, Yusry Abdul Halim dan juga Liyana Jasmay. 

BACA: “Nampak Qash Je Terus Jadi Bisu” – Parodi Sweet Dreams Jihan & Bell Lawak Habis!

Bila Aaron Aziz jadi makeup artist..

Meskipun keempat-empat mereka sangat lucu apabila diberikan babak spontan ketika berganding dengan Ajak atau Shahrul, namun persembahan daripada pelakon KL Gangster itu nampaknya paling mencuri tumpuan. Mana taknya, bukan senang nak tengok ‘Abang Malek’ bertukar jadi makeup artist yang berpewatakan lembut kan? 

Abang bukan Malek dah…Abang Ziana sekarang

Pada segmen kedua pula, Aaron digandingkan bersama Naim Daniel untuk mengupas topik tentang ‘Selesema Ikan’. Di hujung rancangan tersebut, Dato’ Aaron telah berjaya menjadi pemenang bagi minggu pertama ini dengan menggungguli kutipan markah keseluruhan iaitu sebanyak 37 peratus. 

Ziana malam ni memang kelakar gila…tak kering gusi lah sey

Aktor kelahiran Singapura itu telah memperoleh RM4,000 berserta trofi dan wang tersebut disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air, Abu Bakar Ahmad. Beliau bakal muncul semula dalam pusingan suku akhir nanti sambil bersaing dengan pemenang episod seterusnya. Dalam pada itu, rata-rata pengikut di laman Instagram miliknya turut tidak melepaskan peluang untuk memuji sisi lain Dato’ Aaron terutamanya dalam bidang komedi. Mereka turut berseloroh bahawa watak ‘Ziana’ itu sebagai antara elemen yang paling menghiburkan dalam episod semalam.

Sumber: YouTube F8Buzz, IG aarondwiaziz & Astro Gempak

Apa Komen Anda?