Viral Family Isu Semasa

Tayar Pecah & Terbabas Di Lebuhraya, 2 Beradik Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata

Tayar Pecah & Terbabas Di Lebuhraya, 2 Beradik Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata

Sharing is caring!

Malang tidak berbau. Itulah nasib pilu yang menimpa 2 orang anak kecil apabila keluarga mereka terlibat dalam nahas di Lebuhraya Utara Selatan sekitar malam Sabtu lepas. Nahas yang berlaku di kilometer 20.8 arah selatan itu telah mengorbankan ibu bapa mereka di tempat kejadian.

BACA: Hampir Seminggu Demam, Rupanya Anak Kecil Sah Dijangkiti ‘Kawasaki Disease’


Tayar Pecah & Terbabas Di Lebuhraya, 2 Beradik Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata

Disedari selepas 12 jam kemudian

Lebih menyedihkan lagi, nahas yang berlaku di lebuhraya berkenaan hanya disedari pihak berkuasa selepas 12 jam iaitu pada 10.40 pagi semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Pulai, kemungkinan tayar pecah telah menjadi punca kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam itu hingga menyebabkan kereta dipandu oleh jurutera berkenaan akhirnya terbabas. Suami isteri yang dikenali sebagai Herry Mohd Ali dan Khairrunisa Azman itu telah ditemui tersepit di bahagian hadapan antara pemandu dan penumpang manakala anak-anak pula tercampak keluar daripada kenderaan berkenaan.

Tayar Pecah & Terbabas Di Lebuhraya, 2 Beradik Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata

Tayar Pecah & Terbabas Di Lebuhraya, 2 Beradik Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata

Ibu bapa ambil masa 30 minit untuk dikeluarkan

Kedua-dua anak kecil berkenaan iaitu Anas Ayyash yang berusia 6 tahun serta Ahmad Huzaifah, 4 tahun pula ditemui tidak sedarkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan. Mereka berdua telah dibawa ke pusat perubatan dan sedang mendapatkan rawatan di sana. Bagi pihak Komander Operasi Bomba Dan Penyelamat Kulai PBK pula, pasukannya telah mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit.


Tayar Pecah & Terbabas Di Lebuhraya, 2 Beradik Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata

Sumber: FB Bernama


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini