“Teguran Tanpa Hina Lagi Bagus”-Sharifah Sakinah Terkesan Lepas Bertemu Hubabah

Sebut sahaja nama Sharifah Sakinah, pasti ramai yang sudah lali dengan penampilan selebriti ini yang agak berani dan daring di laman sosial. Dia juga sering membalas tindakan peminat yang menegur tentang pemakaiannya. Pelakon ini juga sering mencuri perhatian dengan perwatakannya yang bersahaja dan juga gila-gila yang mampu membuat orang turut terhibur. 

BACA:Tipikal Melayu. Adab Tak Sampai Langsung Tiz Zaqyah Sindir Dakwah PU Amin

Terkejut lihat dia menutup diri berlapis-lapis

Dalam perkongsian terbaru di laman Instagram selebriti itu, dia sempat berkongsi foto pertemuannya bersama Hubabah Huda, seorang pendakwah. Menceritakan moment tersebut, Sharifah Sakinah sempat berborak dan belajar cara untuk menjaga akhlak dan menutup aurat dengan betul.

Sewaktu saya mengajaknya untuk bergambar sekali untuk diletakkan ke Instagram, saya terkejut melihat berapa banyak lapisan yang digunakan untuk menutup dirinya. Ianya menunjukkan betapa dia amat berhati-hati dalam menjaga aurat & telah membuatkan saya terinspirasi.  

Terima kasih Hubabah

Pertemuan pelakon drama dengan wanita itu nyata memberi kesan positif kepada dirinya daripada cara netizen yang hanya bersikap mengecam atau memberi ‘teguran sesama umat’. Dia juga memuji cara tindakan Hubabah Huda yang bertemu dan bercakap secara baik dengan dirinya. 

Teguran tanpa hina lagi bagus, semua sayang Kak Kinah

Posting berkenaan mendapat reaksi positif dari peminat-peminat Sharifah Sakinah untuk melihat dirinya berubah ke arah yang lebih baik. Mereka juga turut memuji usahanya untuk bertemu dengan orang yang berilmu itu. 

Alhamdulillah good effort kak

Betul, sometimes akhlak seseorang yang mengubah kita

 

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah

Apa Komen Anda?