Tekad Jadi Lebih Baik, Anak Datuk Chef Wan Umum Diri Dah Berhijab Sepenuhnya

Tahun ini, nampaknya semakin ramai selebriti wanita yang telah tampil dengan imej terbaru yang lebih sopan. Terbaru, anak kepada Datuk Chef Wan iaitu Serina memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya sempena bulan Syawal tahun ini. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh bekas hos rancangan ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ ini pada semalam di Instagram yang turut menampilkan beberapa foto manis berhijab di dalam Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Kuala Lumpur.

BACA: “Cantiknya” – Tampil Imej Berhijab, Jihan Muse Harap Dapat Kekal Dalam Industri

Serina turut menyatakan bahawa perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah diambil olehnya. Namun dia berjaya mengambil langkah besar itu berkat bantuan Ustazah Asma’ Harun serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada teman dan ahli keluarga yang lain.

Alhamdulillah..Serina nak umumkan I dah berhijab sepenuhnya

Perkara itu turut disambut baik oleh rakan selebriti serta para pengikut di ruangan komen posting berkenaan. 

Alhamdulillah manis sangat…

Istiqomah ye Serina…mudahan kasih sayang Allah terus melimpah untukmu

Tahnuiah Serina atas peningkatan diri sebagai seorang MusIim

Sumber: IG serinaredzuawan

Apa Komen Anda?