Setiap kali menjelangnya musim konvokesyen, bermacam-macam kisah menarik yang akan menjadi perhatian dalam kalangan masyarakat kita. Hakikatnya, istiadat sebegini bukanlah dianjurkan bagi meraikan para graduan sahaja. Namun begitu, ia juga bertujuan untuk memberikan tanda penghargaan atas segala pengorbanan ibu bapa, saudara mara serta kenalan rapat yang menyumbang kejayaan seseorang agar cemerlang di menara gading.
BACA: Suri Rumah Bukan Sia2 – Wife Aku Ada Degree UK, Tapi Siap Buat Online Business
Hasil meniaga nasi lemak & tuai sawah padi…anak petani genggam ijazah
Baru-baru ini pula, kompilasi foto yang menampilkan kejayaan seorang anak petani untuk meraih ijazah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjadi tular di laman Twitter. Menurut jurufoto yang mengabadikan gambar kenangan tersebut, dia begitu terinspirasi dengan kisah jerih payah yang sanggup dilakukan oleh ibu bapa graduan bernama Hidayahtul Asyikin ini.
Latar belakang sawah padi buat ramai tersentuh
Sambil berlatar belakangkan bendang sawah tempat bapanya membanting tulang bagi mencari rezeki, kesemua foto tersebut nyata menyentuh perasaan mereka yang melihatnya. Selain kedua-dua ibu bapanya, adik-beradik Syikin turut menyertai sesi photoshoot berkenaan.
Anak penoreh getah mahu balas jasa orang tua
Dalam pada itu, tweet viral berkenaan turut mendapat perhatian graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang datang daripada keluarga susah. Ujar pengendali akaun Twitter bernama @Eshraaaaa ini, jasa pengorbanan keluarga telah membolehkannya naik ke pentas konvokesyen pada tahun lepas. Oleh sebab itu, dia nekad untuk merealisasikan impian membantu mereka pada masa depan.
Kemewahan tak mampu beli kebahagiaan yang berpanjangan
Kisah kedua-dua graduan wanita ini nyata menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman sosial tersebut. Selain sebak dan terharu apabila menyaksikan senyuman terukir di raut wajah ahli keluarga masing-masing, ada juga yang terinspirasi dengan hasrat mereka untuk mengubah nasib keluarga melalui pendidikan.
Sumber: Twitter apihazmi & Eshraaaaa
Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI