Viral Family Keibubapaan

Teman Anak Lelaki Bersunat, Ayahnya Pula Yang Ngilu & Wajah Pucat Hampir Pitam

Teman Anak Lelaki Bersunat, Ayahnya Pula Yang Ngilu & Wajah Pucat Hampir Pitam

Kali pertama dikhabarkan akan bersunat, reaksi anak lelaki biasanya terbahagi kepada 2 jenis. Sama ada yang berani dan tidak sabar menanti hari, ataupun tiba-tiba takut hinggakan membuat percubaan mengelak. Ketika ini, keberadaan seorang bapa yang dahulunya juga pernah disunatkan memainkan peranan penting lebih-lebih lagi untuk memberikan sokongan moral.

BACA : [VIDEO] Tengah Sunat Pun Menyempat Rap, Netizen Berdekah Tengok Aksi Budak Ini

Reaksi suami aku saksikan anak jantan bersunat…Tangan pegang apa tu?

Walau bagaimanapun bagi seorang lelaki ini, gelagat ketika menemankan anak sulungnya bersunat nyata mengundang rasa lucu. Di saat kanak-kanak itu tenang baring menjalani prosedur berkenaan, si ayah yang berada dalam bilik sama mula tidak keruan seakan sama-sama merasa ngilu.

Teman Anak Lelaki Bersunat, Ayahnya Pula Yang Ngilu & Wajah Pucat Hampir Pitam

Agaknya dia pun dapat rasa, agaknya la kan?…Macam nak pitam dah tu

Sempat diusik nakal oleh isteri tercinta, lelaki itu segera duduk atas kerusi yang disediakan oleh pihak klinik. Sesekali pandangan matanya berubah kosong, manakala wajahnya kelihatan sedikit pucat seperti hampir pitam. Sejak dikongsikan semalam, rakaman berdurasi 41 saat ini sudah ditonton hampir 100 ribu kali di TikTok.

@marlynazhan

#fyp #rwyfb #xyzbca

♬ Funny Song – Cavendish Music

Anak aku umur 8 tahun bakal sunat bulan 12 nanti…Awal-awal suami dah kata Mami masuk…Papa tunggu luar

Terhibur melihat reaksi kelakar suami Puan Marlyn, ramai netizen mengimbau semula kenangan lama di mana suami mereka turut menghadapi perkara sama. Ada juga yang awal-awal sudah memberi hint enggan masuk menemani anak sunat gara-gara tidak berapa berani.

Teman Anak Lelaki Bersunat, Ayahnya Pula Yang Ngilu & Wajah Pucat Hampir Pitam

Teman Anak Lelaki Bersunat, Ayahnya Pula Yang Ngilu & Wajah Pucat Hampir Pitam

Teman Anak Lelaki Bersunat, Ayahnya Pula Yang Ngilu & Wajah Pucat Hampir Pitam

Kredit : TikTok marlynazlan

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Teman Anak Lelaki Bersunat, Ayahnya Pula Yang Ngilu & Wajah Pucat Hampir Pitam

Facebook

Telegram