“Tenang & Sayu Je Dengar”- Lelaki Baca Surah Ar-Rahman Ketika Beraya Tular

Beberapa video yang tular di Twitter sejak semalam memaparkan seorang remaja lelaki yang mengalunkan bacaan beberapa surah ketika beraya di rumah gurunya telah menjadi tumpuan ramai di media sosial. Walaupun cuma duduk dalam posisi yang santai, namun alunan suaranya ketika mengalunkan surah begitu mencengkam jiwa para mendengar sehinggakan ramai yang menyifatkannya sebagai sayu. 

BACA: [VIDEO] Petah Baca Surah & Doa, Tapi Ramai Puji Kecantikan Anak DP Eina Azman!

Cikgu kata tenang je dengar.. terpegun

Kemerduan suara lelaki itu turut meraih perhatian si atuk yang berada di dapur untuk ke ruang tamu rumah dan meminta dia membacakannya lagi. 

Bangga ada kawan macam ni

Inilah skuad beraya malam tadi

Dia baru 18.. banyak lagi kena belajar

Walaupun hanya mendengarkan bacaannya melalui video itu semata-mata, namun ruangan komen dipenuhi dengan pujian dan kata-kata positif netizen terhadapnya. 

Allahu sedap suara.. sayu tenang je

Sedapnya suara dia.. padu teruk ni

Alhamdulillah hafazan yang baik, tajwid yang tepat

Sumber: Twitter aldinabaharin

Apa Komen Anda?