Setiap orang pasti pernah mempunyai seorang rakan yang gemar membuat gurauan tak bertempat dan di luar jangkaan. Kadangkala, aksi gurauan itu boleh memakan diri mereka semula seperti yang terjadi kepada seorang pemuda ini.
BACA: Motosikal Rosak Dalam Hujan Lebat, Mujur Rider Prihatin Datang Hulurkan Bantuan
Sempat julur kaki nak tendang bahu kawan sambil menunggang motosikal
Pengguna Twitter iaitu @cxpittt telah berkongsi video merakamkan seorang pemuda yang dikenali sebagai Aiman bertindak menjulurkan kaki konon ingin menendang bahu salah seorang rakannya sambil menunggang sebuah motosikal berwarna kuning. Bagaikan menerima kifarah ‘cash‘, dia gagal mengawal keseimbangannya dan jatuh ke dalam sebuah lubang yang besar di sebelah kiri.
Kawan tolong angkat beramai-ramai, dia terus periksa keadaan motosikal
Melihat sahaja situasi berkenaan, rakan yang lain bergegas membantu Aiman dan mengangkat kenderaan tersebut. Setelah berjaya keluar dari lubang, pemuda itu terus memeriksa motosikal terbabit kerana bimbang jika terdapat sebarang kerosakan.
this is what we call karma🤣🤣🤣 pic.twitter.com/qnwiAmxvCI
— dark (@cxpittt) August 2, 2020
Tak tahu nak gelak atau kesiankan… Dah jatuh dan malu, pura-pura check pula
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan ketawa apabila menonton ‘tragedi’ berkenaan. Selain itu, ada juga yang berseloroh kononnya pemuda terbabit memeriksa kenderaannya gara-gara menahan perasaan malu. Secara keseluruhannya, video berdurasi 34 saat tersebut telah mendapat lebih 75 ribu tontonan dan 6 ribu retweets setakat ini.
Sumber: Twitter @cxpittt
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura