Viral

Tengah Bahagia IG Live Dengan Awek Cantik, Remy Terciduk Kena Try Dengan Bapak

Tengah Bahagia IG Live Dengan Awek Cantik, Remy Terciduk Kena Try Dengan Bapak

Sharing is caring!

Seperti diketahui ramai, aktor Remy Ishak sudah lama menapak dalam dunia lakonan dan telah membintangi pelbagai drama serta filem. Setiap kali membuat kemunculannya di televisyen, pasti ramai ternanti-nantikan watak atau karakter ‘macho’ yang bakal digalasnya.

BACA : Bapa Hero Drama Melayu, Remy Ishak Pulang Ke Rahmatullah Awal Pagi Tadi


Cantik & manis betul senyuman awak..

Baru-baru ini, menerusi video IG live Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak bersama seorang gadis yang mesra disapa Dini nyata menarik perhatian ramai. Berdasarkan klip video tersebut, Remy dilihat tidak putus-putus memuji kecantikan wajah serta senyuman gadis berselendang coklat itu.

Tengah Bahagia IG Live Dengan Awek Cantik, Remy Terciduk Kena Try Dengan Bapak

 

Tengah Bahagia IG Live Dengan Awek Cantik, Remy Terciduk Kena Try Dengan Bapak

Eh, janganlah panggil pak cik…

Namun siapa sangka, tiba-tiba bapa kepada gadis berkenaan menyampuk masuk. Terkejut dengan kemunculan si bapa, pelakon berusia 38 tahun itu kemudiannya menyapa lembut dan bertanyakan khabar. Apa yang menariknya apabila bapa Dini cepat-cepat menidakkan panggilan ‘pak cik’ yang diajukan oleh Remy sebelum masing-masing saling bergurau. Lebih menghiburkan lagi apabila Remy mengakui terkejut ketika bapa Dini cuba mengoratnya.


Tengah Bahagia IG Live Dengan Awek Cantik, Remy Terciduk Kena Try Dengan Bapak

Kenapa aku pula yang tersenyum sendiri ni..

Dikongsi sejak semalam, klip video tersebut berjaya meraih ratusan ribu tontonan selain dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen.  Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata mereka turut terhibur dengan gelagat Remy dan bapa gadis berkenaan. Malah tidak kurang juga yang mengakui serta memuji kecantikan dan kemanisan wajah Dini.

Tengah Bahagia IG Live Dengan Awek Cantik, Remy Terciduk Kena Try Dengan Bapak Tengah Bahagia IG Live Dengan Awek Cantik, Remy Terciduk Kena Try Dengan Bapak Tengah Bahagia IG Live Dengan Awek Cantik, Remy Terciduk Kena Try Dengan Bapak

Sumber : Twitter hotcaramelatte


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!