Hiburan Viral

Tengah Buat Live, Que Haidar Terkejut Peminat Tanyakan Pemergian Mamat Khalid

Tengah Buat Live, Que Haidar Terkejut Peminat Tanyakan Pemergian Mamat Khalid

Pagi ini, industri perfileman negara telah dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi permata seni tanah air iaitu Mamat Khalid sekitar jam 12.30 pagi ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat perubatan di Slim River, Perak. Malah sejak awal pagi tadi, rata-rata netizen serta rakan artis berdukacita dengan berita pemergian yang tak disangka-sangka berkenaan.

BACA: Terjatuh Katil & Tak Sedarkan Diri, Pelawak Kumin KU2 Hembuskan Nafas Terakhir

Mamat Khalid pengsan di restoran miliknya…hembuskan nafas terakhir usia 58 tahun

Pengarah filem terkenal itu dilaporkan pengsan di restoran miliknya di Tanjung Malim, sebelum dikejarkan untuk menerima rawatan segera. Walau bagaimanapun Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 58 tahun, sekali gus tinggalkan seorang isteri serta 5 orang anak. Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Ipoh pada hari ini.

Tengah Buat Live, Que Haidar Terkejut Peminat Tanyakan Pemergian Mamat Khalid


Que Haidar dapat tahu pasal Mamat Khalid melalui Tiktok Live…Terkejut muka tiba-tiba viewers semua tanya dia

Dalam pada itu, reaksi terkilan Que Haidar antara yang paling mencuri perhatian di laman sosial. Tatkala bersiaran di TikTok Live di sisi anaknya awal pagi tadi, aktor tersebut nyata terperanjat apabila dimaklumkan oleh para pengikutnya di ruangan komen mengenai pemergian pengarah sohor berkenaan. Gara-gara itu, dia terus memohon untuk hentikan siaran live bagi mendapatkan kesahihan tentang berita tersebut.

Antara director terawal kesan bakat saya…hadiahkan watak Amy Mat Piah & Deris

Menurut Que Haidar, Allahyarham adalah antara pengarah yang terawal mengesan bakat lakonannya suatu ketika dahulu. Bermula dari sebuah rancangan iklan, Mamat Khalid jugalah yang ‘menghadiahkan’ watak komedi yang dikenali ramai seperti Amy Mat Piah (‘Rock’) dan juga Deris (‘Zombi Kampung Pisang’).


@quehaidar

Antara director terawal mengesan bakat saya. Bermula dgn 1 commercial Putrajaya, seterusnya menghadiahkan saya Amy Mat Piah juga Deris, Al fatihah 💔

♬ Kali Terakhir Kulihat Wajahmu – Uji Rashid

Tengah Buat Live, Que Haidar Terkejut Peminat Tanyakan Pemergian Mamat Khalid

Sumber: Twitter shikindombeauty & TikTok quehaidar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tengah Buat Live, Que Haidar Terkejut Peminat Tanyakan Pemergian Mamat Khalid

Facebook

Telegram