“Tengah Dating, Kereta Rosak”- Lelaki Syukur Bakal Isteri Terima Seadanya

Alam perkahwinan sememangnya jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan zaman solo. Jikalau sewaktu bercinta seluruh dunia seakan indah sentiasa, namun sesebuah rumah tangga penuh dengan dugaan serta cabaran dalam mematangkan kedua-dua pihak. Justeru itu, pemilihan partner yang serasi memberi impak yang besar dalam sesebuah perkahwinan seperti kisah yang mengenai 3 jejaka ini yang sudah menemui jodoh yang sesuai untuk dirinya. 

BACA: Pernah Alami 2 Kali Keguguran,Natasha Hudson Akui Perkahwinan Ke-4 Penuh Derita

Tengah panas terik ni tiba-tiba aircond rosak

Menerusi perkongsian di laman Twitter, lelaki bernama Firdaus menceritakan pengalamannya bersama teman istimewa yang bakal menjadi isterinya tidak lama lagi. Pemuda tersebut bersyukur kerana telah ditemukan dengan insan yang sanggup bersusah senang bersama seperti apa yang pernah dilalui mereka sewaktu keluar dating. Walaupun waktu itu mereka terpaksa berpanas di dalam kereta gara-gara aircond rosak, namun tunangnya tetap senyum sahaja. 

 

Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Nak belok simpang, enjin pula tak hidup

Beralih kepada pengalaman seorang lagi pengguna Twitter ini, dia turut sempat mengimbau kenangannya bersama partner yang sudah pun menjadi isteri. Pernah satu ketika sewaktu keluar bersama, keretanya rosak di tengah jalan dan isterinya waktu itu terpaksa membantu untuk menolak kereta tersebut. 

Gambar Sekadar Hiasan

Dulu bf aku ada kancil je & aku pun takda kereta

Seorang wanita yang dikenali sebagai Eqa turut sempat berkongsi pengalamannya yang tetap setia dengan partner meskipun berbekalkan kereta Kancil milik pihak lelaki sahaja masa itu. Ujarnya, keadaan sukar itu mendorong mereka berusaha sehabis baik untuk memperbaiki diri ke satu tahap yang lebih tinggi sambil mengenal hati budi masing-masing. Nasihatnya lagi, seorang perempuan tidak seharusnya berharap kepada usaha lelaki sahaja semata-mata tanpa terlibat sama. 

 

Sumber: Twitter Firdaus, Rimau & Eqa

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?